Monday, July 13, 2020

Haziq Fayyadh - PART 3 - Allah permudahkan segalanya

Click here untuk baca PART 2

5 July 2020
Hari ke 3 lepas surgery..

Pagi-pagi babah dah call cakap doktor pakar Dr Raj datang review kes Haziq. Semuanya ok. Hari ni dah boleh cabut tube darah, dah bole remove dressing.

Alhamdulillah, strong boy mama tak nangis pun masa doktor tarik keluar tiub darah daripada kepala.
Gambar kepala Haziq selepas remove dresssing. Tengok pun dah ngeri. Ni gambar sebelum cabut tiub

Pada yang tanya apa fungsi tiub tu, fungsi tiub tu untuk keluarkan darah yang masih ada dalam kelapa selepas pembedahan,

Doktor pun decide untuk dischargekan haziq hari ni. Cukup 4 hari kami berkampung di hospital.

Mama pergi beli toys untuk Haziq dulu sebelum pergi hospital hari ni sebab tak sangka Haziq discharged hari ni. Sebabkan dia dah lama minta beli kereta control, so mama dengan abang Muqri pun beli lah kereta control untuk Haziq.

Muka excited dpt toys.
Gambar ni ambil masa tengah tunggu doktor and nurse siapkan dokumen untuk discharge. Sementara nak tunggu bole discharge, habis merata haziq main kereta control dalam wad 11C  ni.

Nurse bagi surat untuk buka jahitan pada 9 July 2020 dekat klinik kesihatan berdekatan dengan rumah, tapi mama tak sanggup nak pergi buka jahitan awal sangat, so new date nurse bagi 16 July which is 2 minggu lepas surgery. Ok kot kalau 2 minggu. Masa menulis post ni belum pergi buka jahitan lagi.  Nati dah buka jahitan mama update sini lagi ye.

Pengajaran buat semua. Beli la helmet untuk anak main basikal. Bukan je basikal, main roller blade pun kena pakai helmet ye. Untuk keselamatan anak-anak. Tapi semua ni Allah dah tulis sebagai takdir kita. Kadang-kadang benda yang kita tak sangka itulah yang Allah akan tujukan dan beri ujian pada kita. Sebagai hamba, kita harus terima dengan redha kerana Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita.

gambar haziq dan maktok sebaik je sampai dekat rumah. masa ni bengkak dah turun ke pipi

Sunday, July 12, 2020

Haziq Fayyadh - Wad 11C HWKKKL - PART 2 - Operate Bahagian Kiri Kepala

Click here untuk PART 1

2 July 2020
Sampai je di HWKKKL, Haziq masuk emergency, babah balik rumah settle2 mandi dengan solat, mama settlekan urusan registration. Doktor datang terangkan tentang operation. Surgery kena buat hari ni juga memandangkan pendarahan di kepala Haziq agak teruk yang boleh lead to sawan dan koma.

Disebabkan doktor pakar masih ada kes, jadi kami ditempatkan di wad 11C iaitu wad Neurosains Pediatric katil no 14. Tepat jam 7.30pm nurse datang suruh standby untuk ke OT room. Mama dan babah minta tunggu sekejap untuk solat maghrib. Jam 8 mlm lepas habis je solat kami pun turun ke Dewan bedah.

Hanya seorang penjaga saja dibenarkan masuk jadi yang paling layak of course la mama. Masuk Dewan Bedah jam 8.45 malam tapi kami terpaksa menunggu pakar bius. Sementara itu, doktor yang akan buat surgery ialah Dr Kuharaj menerangkan serba sedikit apa yang akan dilakukan atas kepala Haziq. Masa ni mama redho je apa yang doktor nak cakap dan buat. Yang penting Haziq selamat dan sihat macam dulu.

Tepat jam 9.25 malam, pakar bius pun sampai dan kami semua masuk ke bilik bedah. Mama boleh temankan Haziq sampai ubat bius berjalan. Bila haziq start je tidur, nurse dah iring mama keluar bilik bedah. Waris seorang dibenarkan tunggu diluar bilik tapi mama decide untuk temankan babah dekat luar dewan. 


Oleh kerana kami belum makan apa-apa dan tak boleh nak duduk dengan tenang, kami pun berjalan kaki dalam gelap ke ChowKit. Sebab doktor estimate operation paling cepat 2 jam dan paling lambat 4 jam. Kami berdua order makanan tapi makan x habis. Berjalan semula dalam gelap ke HWKKKL. Pukul 10.30 tak de khabar berita daripada dewan bedah, kami decide untuk tunggu di dalam wad 11C.

3 July 2020
12.40am, nurse datang ke katil beritahu kami yang Haziq dah keluar OT. melompat mama dan babah cepat2 turun ke tingkat 5. Macam biasa hanya sorang penjaga je yang bole masuk ke dewan bedah.
Doktor bius cakap Haziq dah sedar tapi sebab ubat bius masih kuat, dia tidur balik. Jadi doktor biarkan dia di recovery area selama 10 minit sebelum tolak semula ke wad.

Haziq lepas keluar dari OT. Sedih mama tengok dressing atas kepala adik
5.00 am Haziq dah sedar dan minta minum air. Lepas tu minta makan, kami bagi Haziq makan bubur sikit2. Alhamdulillah Haziq ok, x muntah.

Bangun pagi Haziq masih macam biasa segar dan x de mengadu sakit. Cuma dia sedih bila pegang kepala dah tak de rambut.
Ni Haziq bila bangun pagi. Baru lepas nangis nak balik rindu baby Naura




4 July 2020
Hari ni Sabtu, hari ke 2 lepas Haziq operation, actually malam tadi mama tidur rumah. Bangun pagi dapat whatsapp babah bagi gambar adik mata bengkak. Apalagi, berjurai-jurai2 la air mata mama dekat rumah. Tak sabar nak pergi hospital jumpa adik.
Haziq hari ke 2 lepas surgery. Comelnya awak walaupun mata sebelah tak bole buka
Sebelah mata tak boleh buka. Doktor cakap kesan daripada bius dan akan ambil masa 2-3 hari untuk surut bengkak. Bila petang, mata Haziq yang bengkak tu dan boleh buka sikit.
Siannya awak dik

Haziq macam biasa masih aktif. Turun dari katil pun laju je tak ingat kepala berjahit. Turn babah balik rumah, jadi mama habiskan masa dengan Haziq dalam wad. Layankan kerenah budak bertuah ni. Asyik nak minum milo ais je kejenya.

Minum petang pun dapat milo suam
Duduk hospital asyik dapat hadiah je. Tu dalam gambar ada lego kereta askar ayah uda dia belikan. Siap hantar lagi ke hosptal semalam. Dapat je lego terus buka. Mama saja nak uji Haziq ok ke tak pasang lego macam sebelum jatuh basikal. Alhamdulillah sama je sebelum dan selepas surgery, still pandai susun lego.

Bila babah datang, mama pula balik rumah untuk settlekan apa-apa yang patut dekat rumah.

Kita sambung PART 3 untuk hari ke 3 lepas surgery ye.