Sunday, July 12, 2020

Haziq Fayyadh - Tragedi 1 July 2020 - PART 1 - Jatuh dan pendarahan di kepala

Selepas 10 hari peristiwa sedih berlalu, baru ada kekuatan nak tulis kronologi untuk dijadikan panduan dan iktibar buat semua. Mama terpaksa divide post kepada beberapa part sebab terlalu panjang dan banyak benda yang nak dikongsikan. Nak mula tulis kronologi ni pun hati resah, sedih, rasa nak nangis, semua perasaan bercampur aduk. Tapi mama kena kuat sebab mama nak bagi pengajaran buat semua ibubapa lain.

1 Jul 2020
Suami macam biasa smoking lepas makan malam depan rumah while anak-anak main basikal dengan anak jiran selang 6-7 buah rumah. Mama macam biasa juga duduk bilik atas dengan baby Naura standby nak tidur, Waktu lebih kurang pukul 9.30 malam dengar Haziq menangis sambil asben papah naik atas. Alkisahnya jatuh basikal. Haziq mengadu sakit kepala and mama macam biasa ingat jatuh yang biasa. Asben pun cakap jatuh sikit je terlanggar anak jiran masa naik basikal.

Nak jadi cerita, mama sapu la minyak sikit dekat kepala dan suruh anak2 siap gosok gigi masuk tidur.

2 Jul 2020
Haziq bangun pagi macam biasa tapi seluar dah bertukar. Bila tanya dia cakap malam tadi muntah pukul 1.30 pagi. Mama pun ok lagi. Masa mandi Haziq muntah sekali lagi. Mama still hantar anak-anak semua ke taska pagi ni sambil pesan dekat ticer terus wassap mama bila Haziq muntah lagi.

8.15 pagi sampai je office ticer wassap cakap Haziq muntah dan dah balik rumah. Mama call asben suruh bagi Haziq makan dan hantar ke hospital and mama on the way balik dari office. Saat2 getir macam ni bole pulak jalan jem nak ke Ampang. End up mama sampai rumah pukul 10.30pagi. Ambil grab terus ke Hospital Ampang.

10.50 pagi sampai di Hospital Ampang Haziq dah masuk yellow zone ready untuk x-ray. Dia still tak nak makan. Total muntah dari malam tadi sampai ke hospital 4 kali. Bila di hospital dia rehat atas katil nampak macam dah ok dan muntah pun dah tak de.



Haziq masa di Yellow Zone Hosp Ampang. Nampak kepala dia mcm bengkak sikit
Actually sampai hari ni salah kan diri sendiri kenapa tak hantar anak malam tu jugak ke hospital. Tapi benda dah lepas. Semua ni pengajaran buat diri sendiri dan yang lain di masa depan. Muntah ialah signal untuk bagitahu kita yang there is something not rite dengan sistem badan kita. So, untuk mummy2 luar sana, please cepat2 hantar anak ke hospital bila anak jatuh dan muntah.

Lepas xray, doctor sahkan tempurung kepala Haziq sebelah kiri retak. Daripada xray cuma retak saja yang boleh detect. Jadi doctor decide untuk buat ct scan.
Haziq masa nak buat X-ray di Hosp Ampang. Mana ni relax je 
Masa ct scan, perasaan mama tak tentu arah tunggu dekat luar, lepas je result keluar, doktor terus datang tenangkan mama, kata-kata yang mama paling takut keluar dari mulut doktor akhirnya mama dengar juga. Apalagi, meraung la mama bila doktor beritahu ada pendarahan yang agak banyak di kepala Haziq. Hilang semua perasaan malu mama pada orang sekeliling. Semua orang yang ada dekat Yellow Zone semua pandang mama. Tapi masa ni Haziq relax je.Dia pun diam je tengok mama nangis.

Sedihnya dan berkecainya hati mama masa ni Allah je yang tahu. Gelap semua pandangan.  Saat menaip ni pun air mata mama jatuh lagi. Doktor terus tolak Haziq ke Red Zone, booking ambulance untuk dihantar ke HKL. Kenapa HKL? Sebab HKL ada pakar otak di Hospital Wanita dan Kanak-kanak. Terima kasih buat Dr Saiful yang arrange segala-galanya sampai kami naik ambulans pukul 4.30 petang dari Hospital Ampang ke HWKKKL.

Dalam ambulans nak ke HWKKKL

Punya la laju ambulans ni sampai pening kepala mama. Haziq lepas 3 minit naik ambulans terus tidur. Nurse yang iring kejap2 cek nadi Haziq. Mama pula risau bila nurse buat camtu. Haziq tidur tak bergerak pula tu. Haziq dah start puasa masa ni. Start daripada pukul 11 pagi dia dah puasa and doktor memang tak bagi dia minum or makan apa-apa sebab operation akan dibuat hari ni juga. Asyik cakap nak minum je. Sian anak bujang mama ni. Sabar ye sayang

No comments:

Post a Comment