Jom baca....
Terdetik
hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE
selama hampir 13 bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm
pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang tak suka laa. Sebab
bagi saya semua MLM sama. Suami saya join SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi
sebiji pun supplemen SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya.
Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak
untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya.
Memula
search jumpa Shaklee search lagi jumpa shaklee.. Stress jugak. Tapi
entah camne digerakkan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa
Blog Master Nur Laila. Saya
message kat fon dia. Saya tanya supplemen apa yang perlu saya ambil.
Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab
suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice
and saya pun mula laa consume.
Bila
mula consume saya rasakan perubahan yang lebih positif. So saya pun
mula share dengan kawan-kawan terdekat. Bila orang tanya saya, saya
tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap persoalan saya. Ade kalanya
saya bagi customer kat dia, memula saya tanya berapa komisyen akak nak
bagi kalau saya carikan akak customer. Hahahaa.. x terniat pun
sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya join group dia. Mulanya
saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID sendiri. Tapi tu kisah
lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini.
Oleh
kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk
join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak
beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October
2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya
raya/ kesenangan hidup) tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok
je.. takde masalah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap and masih
membeli dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis-lapis dah
level.. tapi sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu
ye kak.. ehehehe..
Entah
bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak
sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang
ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start
share semua info yang berkaitan dengan penyusuan. Apa ada kat blog kak
laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat
baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan b
kompleks, vitamin c vitalea dan alfafa.
Memang
di luar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu dalam masa satu hari
lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik kau.. masa tu saya
cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen orang ni. Last nya
kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe.. Sambutan hangat hampir
seminggu dan iklan tu masih kekal sampai ke hari ni. Ade 3 versi.. tapi
yang dua kena kacau dengan “seseorang”
Saya
keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu dan saya
yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari
nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh
banyaknya, terkejut gak, dan terus naik supervisor. So masuk bulan
kedua ada sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri.
Cuma nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah
sangat kan pasal benda nie, saya suh dia gi Shaklee daftar sendiri.
Hahahaha. So dia pun daftarlah member bawah saya.
Tak
lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai-ramai customer awak ni
takde ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba
nanti. Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk
saya. Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa
mak tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak
manual book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee
tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya
betul-betul faham saya search info and I get it.
Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun
JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya
sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup
saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya
ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain
camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa
yang saya nak dan apa yang mak ajar.
Setiap
hari saya Pm mak saya, dah macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak
lengkap hidup. Tapi tak pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak
pernah bertemu sehingga saya bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk
kita berjaya. Ingat tu. Saya di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat
jalan saya sahaja. Masa tu Kak Cery pun tak kenal saya, sebab nama kat
fb lain kat statement dia dapat lain.. hahahaha.
Tapi
saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu
kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n
fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi tak pernah pun inbox ke apa.
Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari
ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya.
Masa
tu saya mula ada target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya
effective, Tak de pun tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa,
yang saya tahu mesti effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya
pun semput dengan saya awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi
saya kata kat dia akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n
Allah kirimkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya
laa semput, setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya
tak pernah simpan stok. Orang bank in saya baru beli.
Oh
ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu
award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage
Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun
depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan
apa yang saya katakan.
Kemudian
ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin
besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku
yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi
sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu
lebih ramai kehidupan di luar sana.
Saya
dengar pelbagai cerita sedih dari anak2 yang datang pada saya. Ya
mungkin saya tak rasakan “Sakit Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah
dengan gaji yang saya terima cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi
saya terdetik, selfish nya aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak
lagi kehidupan kat luar sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok
makan berjalan bersama keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih
mencari sesuap nasi, hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya
perlu bantu lebih ramai orang.
Sangat
seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban
saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang.
So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih
ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u
kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah
nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me.
Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya
di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya
buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.
Bulan
ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu
tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di
sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk
saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik
setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut
saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u
betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u
dapat.
Masa
ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER. Tertelan air
liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam group whatsapp
kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key Coordinator, bulan ke
dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi. Ikutkan saya belum betul
bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat doa saya dikurniakan
dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari saya. Dua orang
anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So saya dengan
terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha.
Pertengahan
bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov.
Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya
paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah
tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE
tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa
syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah
perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang.
Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada
anak2 saya.
Usah
sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa
sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri
kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u
pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri
dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza
dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya
dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita.
Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi
kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.
- Master Zura
Owh..sangat inspiring cite masters ni....Saya pun nak income 5 angka jugak..jom bertindak sekarang
XoXo,
Shaklee Independent Distributor
Nisa Zainal
017-3745383
Ehehehe.. tq berkongsi cerita saya.. :)
ReplyDeletehihihi...tq master..datang baca blog saya...terharu plak tetiba...doakan kejayaan saya ye..tq
Delete