Sunday, November 17, 2019

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE 4 DI HOSPITAL AMPANG

Bersalin anak ke 4 orang kata senang. Maklumlah sebab dah pernah bersalin 3 orang sebelumnya kan.

Setelah anak dah nak masuk 3 bulan baru lah Nisa sempat nak berblog. Ni pun curi-curi masa sebab sekarang ni bz di office. Balik rumah bz pula dengan anak-anak dan mesin jahit.

Masa pregnant anak ke 4 ni Nisa kantoi minum air gula kali ke 2 masa kandungan 28 weeks. So, as normal procedure, mama yang GDM on diet ni tak boleh bersalin lebih dari due date. Oleh kerana due date Nisa on 17/8/2019, maka dengan rasminya doktor dekat klinik KKIA Kg Pandan pun mengarahkan untuk serah diri di Hospital Ampang pada Jumaat 16/8/2019.

Maka hari Jumaat yang diberkati itu, Nisa pun pergi lah menyerahkan diri pada pukul 10 pagi. Asben hantar terus masuk PAC untuk cek bukaan walaupun tak sakit. Nurse cek bukaan pun baru 3cm.Tapi sebab ada kencing manis so kena la tahan wad. maka bermalam la di wad malam tu.

Rindu anak-anak weiiii...macam mana lah babah nya handle anak 3 orang tu

Esoknya pagi-pagi doktor dah cek bukaan. Dan bukaan baru lah 4cm. Doktor kata mungkin malam ni bersalin atau paling lambat esok lah. jadi kita pun rest la kan. Jalan-jalan borak-borak. Seronok jugak duduk wad ni. Macam-macam ragam jumpa. Ada yang bersalin atas katil dalam wad la. Ada yang sakit tak boleh bangun dari katil la. Ada yang dah bersalin baby kembar la. yang tak bestnya makanan je la kot. Kurang garam....

Maka Sabtu malam Ahad tu, nurse pun datang hantar baju untuk masuk labor room. Tapi nak jadi cerita Nisa terlelap sampai pukul 10 nurse datang bising2 sebab belum tukar baju.

Kita ni tengah tidur. Pisat2 bangun pergi toilet membuang bagai and tukar baju. Siap semua, call husband suruh datang and nurse tolak ke labour room naik wheelchair.

Sangat la pelik bila tak sakit tapi kena naik wheelchair. Redho je la. Masuk labour room, tak sampai 10 minit husband pun masuk. Doktor pecahkan air ketuban, lepastu tinggallah Nisa, husband dan seorang nurse India dalam bilik tu.

Sejam berlalu...

Doktor datang cek, masih tak de bukaan. Still sama 4cm dan tak de rasa sakit langsung. Nurse pun apa lagi, drip bagi cepat kan bukaan. Lepas tu mak aiiii sakitnya tak tahan2. Sampai nangis2. Nurse tu bising. Dia cakap daripada puna nangis baik puan teran. Bila dengar teran je. Nisa spontan tanya "Boleh ke nak teran sekarang?dah buka 10cm ke?" Nurse relax je jawab " Teran je..Jangan angkat punggung".

Pertama kali nak teran nurse cakap tunggu dulu, sebab dia nak amik posisi bawah nak standby sambut baby. Lepas je nurse cakap " OK. Bole teran. Punggung turun". Sepantas kilat Nisa teran and keluar la budak seketul ni.





Tadaaa.....Nama saya Khaireen Naura. Berat saya 3.01kg. Paling kecik kalau nak banding dengan abang2 dan kakak saya. tapi saya paling senang bersalin.




Nampak tak waktu bersalin 2.35am (18/8/2019). Masa pecah air ketuban pukul 10.30 malam, memang ada sorang doktor pakar datang cakap "Awak ni lagi 4 jam ni bersalin". Memang betul ngam2 4 jam lepas tu keluar seketul Naura ni.

Lega....Tapi belum lega lagi. Jahit pula.....Nurse cakap sikit je koyak ni. Nasib baik nurse tu jahit tak sakit. baik sangat nurse India tu. Rasa macam nak peluk2 cium2 dia sebab baik sangat.Muda lagi orangnya.

Ni gambar bila dah cerah siang tu




No comments:

Post a Comment