Wednesday, February 5, 2014

KEBAIKAN SUSU IBU PADA BAYI

Susu ibu adalah semulajadi dan istimewa tercipta untuk bayi kita. Ia mempunyai banyak kebaikan kesihatan kepada bayi dan juga ibu yang menyusukan.

Kebaikan susu ibu kepada ibu
  • Membantu menyembuhkan tubuh ibu selepas melahirkan dan semasa berpantang
  • Membantu ibu mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan
  • Menurunkan risiko ibu untuk mendapat kanser payudara dan kanser ovari
  • Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak
  • Susu ibu adalah percuma (jimat duit) dan tak perlu dibancuh (jimat masa)
Kebaikan untuk bayi

  1. Megandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi
  2. Susu ibu adalah dinamik dan hidup. Ia berubah seiring dengan keperluan dan tumbesaran bayi
  3. Memperkuatkan sistem imun bayi anda
  4. Tersedia bila2 masa bayi perlukan
  5. Susu ibu bersih dan selamat untuk bayi
  6. Bayi dapat menghadamkan susu ibu dengan mudah dan selesa kepada perut bayi 

No comments:

Post a Comment