Thursday, November 2, 2017

Ade lagi yang belum jatuh cinta dengan WD? Eh ruginya awakk 😁 Sebab ini salah satu cara untuk buat kulit awak cantik dan flawless cara semulajadi taw
Takk cayaaa ? Mehh nak pecah rahsia
.
WD ni dah macam benteng kecantikan Walaupun dah pakai skincare. Tetap wajib calit WD.
.
.
WD ni special .Bukan macam skincare yg bertindak luaran je. Molekul halus WD bertindak sepantas 3 saat. Meresap masuk kedalam lapisan kulit. Terus ke pembuluh darah. Merawat dari dalam badan.
.
.
🌴Ekstrak Pueraria Mirifica - Bertindak sebagai sahabat baik hormon estrogen awak. Eh jangan tak tahu. Ramai yang punya masalah jerawat sebab hormon estrogen dalam badan tak stabil. Pakai skincare harga beribu pun kalau yang basic ni tak settle tak guna jugak kan. 😉
.
.
🌴Ekstrak Akar Tree Peony - Bertindak sebagai antibodi untuk mengeluarkan toksik dari badan anda. Eeww..jangan tak tau. Darah kotor dan toksin bertimbun dalam badan juga boleh jadi punca masalah jerawat yang tak pernah surut.
.
.
🌴Saxifraga Sarmentosa Extract - Memutihkan kulit secara semula jadi,mengurangkan minyak serta mengecilkan pori-pori kulit yang terbuka akibat parut jerawat.
.
.
🌴Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis - Menyerap sinaran UV dan lindungi awak dari radikal bebas untuk mengurangkan risiko tumbuhnya jerawat.
.
.
🌴Glycerin - Menghilangkan kesan parut pada wajah awak. 😍
.
.
🌴Cetearyl Glucoside - Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit. Eh bukan jerawat je terawat tau. Kulit pun tegang toing toing..😍
.
.
🌴Dimethicone Topical - Mempercepatkan proses pertumbuhan sel kulit serta melindungi kulit dari kekeringan.
.
.
🌴Xylitylglucoside - Melembabkan serta mempercepatkan proses pertumbuhan kulit yang baru sehingga dapat memeberhentikan pendarahan dengan segera. Elok sangat untuk awak yang suka picit jerawat tu.
.
.
Eh best ke best? Kalau tak best lagi tak taulah. WD punyalah sayang kat awak. Semua benda dia nak rawat. Special sgt tau.
.
.
WD promosi rm75sm/80ss

Tengah promosi ni la beli untuk cuba. Bila habis promosi harga jadi RM95 balik tau darling. Masa tu kuar air mata darah pun tak leh nak jual harga RM75 dah.

Postage free untuk seluruh Emenanjung Malaysia

Nissa 017-3745383

Monday, October 23, 2017

GRAND LEXIS PORT DICKSON

3D2N di Grand Lexis Port Dickson
Di taja separuh oleh company so Nisa just bayar separuh tak sampai RM500 pun untuk 2 malam termasuk 2x lunch, 2x dinner dan 3 breakfast untuk seorang.

Hotel ni terletak bersebelahan dengan Glory Beach Resort. Dulu masa duduk dekat Glory Beach Resort selalu berangan-angan one day mesti nak tidur hotel sebelah ni. Cantiknya hotel atas laut. Mesti best. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Bilik sangat besar. Siap ada 2 King size bed. So memang besar sangat la kan. Nak angkut satu family sekali mak ayah pun boleh.

Tadaaaa...tu dia katil besaqqqqqq

Nisa pergi sini sempena company trip opis. So memang dapat makan free untuk diri sendiri je. Kalau family nak join makan kena tambah duit which is sangat mahal dan tak berbaloi. So Nisa decide everytime meal pegi larik kejap join kawan2 then balik bilik angkut anak-anak pergi makan luar dengan husband which will save a lot of money.


Actually hotel ni ada banyak bilik di pelbagai location. Ada Garden Suite ada Sky Pool Villa. Nisa punya ialaj Sky Pool Villa yang atas laut tu. masuk-masuk je anak jakun duk tengok cermin yang nampak laut tu. Cermin ni tak boleh buka ye. Kalau bole buka habis la budak-budak terjun je dalam laut dari dalam bilik.


Apa yang ada dalam bilik Sky Pool Villa ni?
Masuk-masuk je bilik belakang pintu akan ada satu shoe rack macam almari tinggi sampai atas. Ada TV and wifi. Setiap bilik ada wifi tersendiri. TV limited ada beberapa siaran je. Bukan macam astro dekat rumah ye. Yang pengting TV9 tak de sebabnya anak Nisa nak tengok Upin & Ipin Alam Dino hari tu tak de siaran.
Ada 2 king size bed. Meja tulis, Iron Board and iron, Bathrob,microwave, pinggan, mangkuk,sudu cawan sume ada.
Yang bestnya dalam peti sejuk ada 2 air mineral dan 2 air tin percuma ok.


Siapa yang duduk dekat bangunan tower iaitu building yang sama dengan reception counter tu banyak kelebihan. Senang nak parking sebab parking disediakan di bangunan yang sama. macam shopping mall tu, kena naik atas then parking. Ada lift, cafe di bangunan yang sama dan ada level untuk rekreasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa macamdekat Molly fantasy, ada mainan untuk anak-anak dan ada table snooker untuk ayah anak.hehehhe


Pemandangan ni di ambil dari bilik riadah tak ingat tingkat berapa. Maybe tingkat 2 atau 4. Cantikkan pemandangan dari sini.


Petang-petang anak mandi pool mama gigih panaskan makanan. Biasa budak-budakkan lapar kalau berendam lama sangat.