Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

RAGAM MENGANDUNG ANAK KE 3


Lepas raya je ngandung....lepas raya je ngandung...hahahahaha
Waktu subur I mungkin pada Bulan Ramadhan

Actually masa bulan puasa dah buat pregnancy test sbb nak buat rawatan gigi. Result negative, Alhamdulillah so boleh buat root canal dgn senang hati.

Tapi lepas raya terus badan rasa mcm tak best. Sekali cek, ha ambil...2 lines uollss. Ahkak rasa cam tak caya pulak..yela rasanya baru lebih kurang 15 hari lepas cek negatif..tetiba lps raya cek positif lak

Apa-apa pun...Alhamdulillah...nak masuk ke 3 dah anak..

Ajaibnya lepas dapat tau je pregnant terus loya2 melanda. Pelik sungguh. Kalau tak tau mengandung steady je. Tu namanya mengada..hehehe

Tak macam pregnant 2 bujang yang dulu, pregnant kali ni memang loya sungguh2 sampai termuntah2

Dalam loya2 pun sempat jugak menjahit barut dan nursing pillow. Ingat nati lepas bersalin nak try jual la plak

Ni bahagian depan bantal

Ni bahagian belakang bantal

Amacam?Rasa-rasa laku tak kalau nak jual?


Assalamualaikum anak dara mama. Apa awak buat tu? tengah mimpikan mama dengan babah ke?
Abang-abang pun ada ni

Oh lupa plak nak bagitau yang Nisa amalkan set hamil dari Shaklee. Memang superb
Kalau nak tau, Vitalea tu la paling best sebab dia akan jaga bacaan hb kita. Bahaya ibu hamil kalau hb rendah sebab boleh berlaku pendarahan masa bersalin nati yang boleh membawa maut.



Lepas bersalin je terus ambil set menyusu lengkap. Paling best skali ostematrix tu la. badan terus rasa segar bugar lenguh-lenguh masa push pun hilang. Actually set ni semua dah amalkan masa mengandung lagi kecuali alfalfa tu tambahan nya





Dah besar panjang anak baru nak update entry. Dah setahun lebih dah princess ni. tapi memang penangan mengandung girl memang lain macam. Siang malam pagi petang morning sickness

Ni dia gambar anak dara. Birthday Bulan Mac yang lepas


Tuesday, January 13, 2015

VITA-LEA FOR CHILDREN IS BACK - COD AMPANG AREA


Lama tak muncul vita-lea for children ni..Tup2 tahun baru 2015 pula dia buat surprise
Hot item ni..Sebab apa dia hot? sebab kebanyakkan budak memang tak suka makan sayur dan buah2.
Yang diaorang tahu cuma nak makan aiskrim, jajan, coklat dan gula-gula
So, Shaklee dengan susah payahnya telah upgrade rasa dan kandungan vitamin dalam vita-lea yang lama menjadikan nya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak

Pandangan belakang botol Chew Vita-Lea
Vitalea ni kaya dengan vitamin B, C dan E, kalsium, magnesium dan banyak lagi. Pada ibubapa yang anak memang tak suka makan sayur memang wajib bagi anak telan chew vita-lea sebiji sehari.


Ni memborong namanya. Barang hot memang kena borong

Perbezaan saiz Chew Vita-lea dan Chew Vit-C

Ada customer tanya warna apa vitalea for children ni. Ha..meh nak jawab...warna purple dik oi...budak2 memang tengok warna je dah tertarik..Bila bau grape dia menusuk kehidung lagi la budak suka

Bulan januari 2015 ada promotion beli 3 botol PERCUMA 1 botol
Memang berbaloi2
Sapa yang tak nak rugi boleh roger Nisa 017-3745383
atau be my friend di fb : https://www.facebook.com/nisa.dnarsampang


Sunday, July 20, 2014

Kenali Apa Itu Tiroid

Tiroid terbahagi kepada dua jenis :

1) Hyperthyrodism/Tirotoksikosis (terlebih hormon tiroid)
2) Hypothyroidisme (kekurangan hormon tiroid)

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hypertiroidisme":-
------------------------
  •  Bengkak di leher
  •  Cirit Birit
  •  Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  •  Kejang Otot
  •  Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, Sukar tidur
  •  Tekanan darah naik
  •  Turun berat badan walau selera naik
  •  Lemah

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hypotiroidisme":-
------------------------
  1.  Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman,
  2.  Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  3.  Kemurungan atau kegelisahan
  4.  Cepat berasa letih
  5.  Faktor Genetik
  6.  Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  7.  Masalah sembelit yang teruk
  8. Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit menjadi kasar dan berkupingSakit otot dan sendi. 
  9. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
------------------------
-Perempuan
-Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
-Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
-Usia lebih dari 60 tahun.
-Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda lewat 30-an
-Orang yang kuat merokok.

::Shaklee::
Untuk hyperthyroidisme
------------------------
1) ESP


- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

Untuk hypothyroidisme
------------------------
1) VITA-LEA IRON FORMULA


- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)

2) VITA-E COMPLEX


- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)
----------

Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunyai hyper atau hypo tiroid.
# B complex
# Vitamin C (500mg atau 100mg)
# Vitamin E
# Ostematrix (kalsium magnesium)
# zinc

Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid
✅ Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
- Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
- Tidak boleh ambil alfalfa complex

Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid
✅ Boleh ambil Vitalea with iron formula
✅ Boleh ambil alfalfa complex
- Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder

Shaklee Independent Distributor
Nisa Zainal 
017-3745383
cod Ampang/Keramat/Subang Jaya



Thursday, March 6, 2014

Mealshake Shaklee


Gambar ni saya ambil dari instagram pelakon terkenal Rita Rudaini.
Rita Rudaini pun mengamalkan #Vitalea Shaklee dan turut memberi #Mealshake kepada 2 puteranya.

Jom kita tengok apa khasiat Vitalea ni



Wow..banyaknya khasiat...harga pun tak mahal.. 1 botol boleh tahan 2 bulan lamanya

Mari kita tengok plak apa khasiat Mealshake pada anak-anak:
  • Mengandungi 12 vitamin penting.
  • Rasa vanilla yang sangat disukai oleh kanak-kanak
  • Rendah lemak tetapi kaya dengan vitamin dan mineral
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema
  • Mengurangkan asthma
  • Menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Baik dalam mengawal obesiti
  • Meningkatkan selera makan kanak-kanak


Shaklee Independent Distributor
COD Ampang dan Subang Jaya
017-3745383


Credit to ig ritarud727

Sunday, February 2, 2014

Vita - Lea Iron Formula


Multivitamin yang pastinya memenuhi keperluan tubuh badan kita. Mengandungi 28 vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Fakta Vita-Lea Shaklee:
  1. Multivitamin pertama di dunia
  2. Multivitamin paling pantas di dunia yang mudah diserap oleh tubuh
  3. Di saluti oleh spirulina yang dihasilkan melalui teknologi explo-tab
  4. Mengandungi 30 nutrisi lengkap harian daripada ekstrak sayur-sayuran dan buah-buahan
  5. mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting
  6. Terpilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN pada tahun 2000
Siapa yang memerlukan Vita-lea?
  • Orang yang suka makan diluar dan tidak sempat memasak makanan di rumah atau individu yang tidak lengkap diet harian nya.
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Ibu mengandung yang memerlukan iron tambahan agar tekanan darah tidak rendah
  • Orang yang berumur
  • Remaja yang meningkat naik
Cara makan Vita-lea

* Hendaklah di ambil ketika perut kenyang kerana vita-lea akan diserap oleh tubuh secepat 10 saat. Pengambil akan merasa loya jika diambil dengan perut kosong.

Apa perbezaan vitalea dan spirulina? adakah keduanya sama?
 Warna hijau vita-lea itu adalah spirulina yang digunakan untuk menyaluti vitamin. Spirulina digunakan sebagai pembalut kerana memadai untuk keperluan tubuh badan manusia. Spirulina tidak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

Nak cuba? harga memang cun sehingga 28 Feb 2014
Shaklee Independent Distributor
Nisa 017-3745383