Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, October 23, 2017

GRAND LEXIS PORT DICKSON

3D2N di Grand Lexis Port Dickson
Di taja separuh oleh company so Nisa just bayar separuh tak sampai RM500 pun untuk 2 malam termasuk 2x lunch, 2x dinner dan 3 breakfast untuk seorang.

Hotel ni terletak bersebelahan dengan Glory Beach Resort. Dulu masa duduk dekat Glory Beach Resort selalu berangan-angan one day mesti nak tidur hotel sebelah ni. Cantiknya hotel atas laut. Mesti best. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Bilik sangat besar. Siap ada 2 King size bed. So memang besar sangat la kan. Nak angkut satu family sekali mak ayah pun boleh.

Tadaaaa...tu dia katil besaqqqqqq

Nisa pergi sini sempena company trip opis. So memang dapat makan free untuk diri sendiri je. Kalau family nak join makan kena tambah duit which is sangat mahal dan tak berbaloi. So Nisa decide everytime meal pegi larik kejap join kawan2 then balik bilik angkut anak-anak pergi makan luar dengan husband which will save a lot of money.


Actually hotel ni ada banyak bilik di pelbagai location. Ada Garden Suite ada Sky Pool Villa. Nisa punya ialaj Sky Pool Villa yang atas laut tu. masuk-masuk je anak jakun duk tengok cermin yang nampak laut tu. Cermin ni tak boleh buka ye. Kalau bole buka habis la budak-budak terjun je dalam laut dari dalam bilik.


Apa yang ada dalam bilik Sky Pool Villa ni?
Masuk-masuk je bilik belakang pintu akan ada satu shoe rack macam almari tinggi sampai atas. Ada TV and wifi. Setiap bilik ada wifi tersendiri. TV limited ada beberapa siaran je. Bukan macam astro dekat rumah ye. Yang pengting TV9 tak de sebabnya anak Nisa nak tengok Upin & Ipin Alam Dino hari tu tak de siaran.
Ada 2 king size bed. Meja tulis, Iron Board and iron, Bathrob,microwave, pinggan, mangkuk,sudu cawan sume ada.
Yang bestnya dalam peti sejuk ada 2 air mineral dan 2 air tin percuma ok.


Siapa yang duduk dekat bangunan tower iaitu building yang sama dengan reception counter tu banyak kelebihan. Senang nak parking sebab parking disediakan di bangunan yang sama. macam shopping mall tu, kena naik atas then parking. Ada lift, cafe di bangunan yang sama dan ada level untuk rekreasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa macamdekat Molly fantasy, ada mainan untuk anak-anak dan ada table snooker untuk ayah anak.hehehhe


Pemandangan ni di ambil dari bilik riadah tak ingat tingkat berapa. Maybe tingkat 2 atau 4. Cantikkan pemandangan dari sini.


Petang-petang anak mandi pool mama gigih panaskan makanan. Biasa budak-budakkan lapar kalau berendam lama sangat.

Monday, September 15, 2014

S2U Tours Zon Tengah di Eagle Ranch Port Dickson

S2U Tours ni dianjurkan oleh keluarga Shaklee  S2U under Presidential Master Iffah Anuar dan Presidential Master Firadaus Zulkifli

Tq PM berdua kerana sudi taja penginapan kami

Kami daftar pada hari Sabtu 13 September di Eagle Ranch. Tapi yang sedihnya kami dapat bilik di Hotel Nouvelle which is 2.5km daripada Eagle Ranch Resort. Pada mulanya memang sedikit upset sebab dapat hotel yang jauh then dengan anak yang demam. Memang sangat2 menguji kesabaran mamanya yang memang sudah sedia sabar..heheheh
Signboard sebelum masuk jalan kecik ke resort

Sebelum ke eagle Ranch, kami carik kedai makan dulu untuk lunch





Petang dalam pukul 5 petang ada tele match. So kami anak beranak pun berangkut la dari hotel Nouvelle ke Eangle Ranch Resort ni. Jom layan gambar candid masa telematch ni

Zatul pun join game

Tak tau ni game nama apa ntah

Badan kalau tak berapa nak kurus macam ni la jadinya







Jom cuci mata tengok keindahan Eagle Ranch Resort ni

Ni bilik yang di panggil Band Wagon. Atas bilik org lain, bawah bilik orang lain okey. Jangan nak harap dapat bilik 2 tingkat


Boleh buat aktiviti banyak dekat sini



Mama suruh abg tangkap gambar tutup mulut..hihihi..ni la hasilnya


Muqri kata baju ni macam cikgu (sebab ada tie..hihihi)


Buai ni tempat duduk dia macam nak patah.Tu yang kena control duduk macam tak jejak..hahahah
Tq babah tolong tangkap gambar mama


Ni pulak gambar aktiviti di siang hari ahad, tak dapat tangkap gambar sangat sebab concentrate dengan talk dan anak yang tak berapa nak sihat. En Muzi pegi mandi kolam plak

Gambar hasil tangan Muqri, pandai jugak anak mama ni jd photographer walaupun kepala mama nampak half je

Budak demam

Aktiviti untuk anak-anak yang sudi teman mama tuntut ilmu

Kami gerak ke KL lebih kurang pukul 5 petang dan singgah makan KFC reward anak2 yang tak berapa selera dengan makanan hotel.







Maghrib kami pun sampai la di Ampang.
Banyak ilmu dalam dada Nisa hari ni
Banyak idea dalam kepala hari ni

Let's make a change today.
Bertindakkkkk!!!!