Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, August 24, 2017

RAGAM MENGANDUNG ANAK KE 3


Lepas raya je ngandung....lepas raya je ngandung...hahahahaha
Waktu subur I mungkin pada Bulan Ramadhan

Actually masa bulan puasa dah buat pregnancy test sbb nak buat rawatan gigi. Result negative, Alhamdulillah so boleh buat root canal dgn senang hati.

Tapi lepas raya terus badan rasa mcm tak best. Sekali cek, ha ambil...2 lines uollss. Ahkak rasa cam tak caya pulak..yela rasanya baru lebih kurang 15 hari lepas cek negatif..tetiba lps raya cek positif lak

Apa-apa pun...Alhamdulillah...nak masuk ke 3 dah anak..

Ajaibnya lepas dapat tau je pregnant terus loya2 melanda. Pelik sungguh. Kalau tak tau mengandung steady je. Tu namanya mengada..hehehe

Tak macam pregnant 2 bujang yang dulu, pregnant kali ni memang loya sungguh2 sampai termuntah2

Dalam loya2 pun sempat jugak menjahit barut dan nursing pillow. Ingat nati lepas bersalin nak try jual la plak

Ni bahagian depan bantal

Ni bahagian belakang bantal

Amacam?Rasa-rasa laku tak kalau nak jual?


Assalamualaikum anak dara mama. Apa awak buat tu? tengah mimpikan mama dengan babah ke?
Abang-abang pun ada ni

Oh lupa plak nak bagitau yang Nisa amalkan set hamil dari Shaklee. Memang superb
Kalau nak tau, Vitalea tu la paling best sebab dia akan jaga bacaan hb kita. Bahaya ibu hamil kalau hb rendah sebab boleh berlaku pendarahan masa bersalin nati yang boleh membawa maut.



Lepas bersalin je terus ambil set menyusu lengkap. Paling best skali ostematrix tu la. badan terus rasa segar bugar lenguh-lenguh masa push pun hilang. Actually set ni semua dah amalkan masa mengandung lagi kecuali alfalfa tu tambahan nya





Dah besar panjang anak baru nak update entry. Dah setahun lebih dah princess ni. tapi memang penangan mengandung girl memang lain macam. Siang malam pagi petang morning sickness

Ni dia gambar anak dara. Birthday Bulan Mac yang lepas


Wednesday, August 9, 2017

SLIP DISC YANG MENYAKITKAN

Slipped Disc penyakit yang tak mengira umur

Apa itu Slip Disc?
Disc di sini merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.
Ini menyebabkan cakera rawan dan tisu berhampiran bocor (hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya terkeluar ke kawasan tisu sekitar.
Seterusnya mencetuskan tekanan kepada saraf tunjang atau saraf lain bersebelahan, menjadi punca kepada gejala ‘Slip Disc’.


Simptom Slip Disc 

Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta  gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.
Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor anda.



Faktor penyebab slip disc 

Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakkan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini. Diantaranya ialah disebabkan:
  • Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan  yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
  • Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
  • Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
  • Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.

Bolehkah Slip Disc di rawat?

Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat. Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan disk beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.
Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.
Namun sekiranya slip disc ini agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier) di bilik bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.


Kemungkinan Lain

Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:
  1. Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
  2. Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
  4. Kanser tulang
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
  6. Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
  7. Tulang rapuh (Osteoporosis)
  8. Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.

Terdapat juga supplement tambahan yang dapat membantu pesakit slip disc untuk pulih
 
Tiga produk utama yang perlu di ambil oleh pesakit slip disc

1. VIVIX -Merupakan agen anti penuaan di mananmenjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.

2. OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament
istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D.
Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

3. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

Walaubagaimanapun, kita harus berusaha tidak kira cara moden atau tradisional. Yang pasti Allah akan sentiasa membantu umat-umatNya yang berdoa dan berusaha.

Pengedar Sah Shaklee
Nissa Zainal
Cod Ampang, Cheras, Subang Jaya dan Keramat
017-3745383

Monday, April 13, 2015

My Breastfeeding Journey for my 2nd Son - Cara tambah kuantiti dan kualiti susu ibu

Alhamdulillah kurang dari seminggu entry ni di publish, Haziq Fayyadh akan berumur genap 2 tahun. Seorang anak yang sangat manja dengan mama nya. Tak pernah sehari pun Haziq tak panggil mama. Kadang-kadang sehari sampai 100x panggil mama. memang tak boleh berenggang langsung dari mama nya.

Haziq ketika usia 4 bulan
Seminggu lepas bersalin Haziq, Nisa terus ambil supplement Shaklee untuk banyakkan susu badan sebab memang dah niat dalam hati nak menyusu Haziq secara exclusive at least 6 bulan dan alhamdulillah berjaya menyusukan Haziq secara ekslusif selama 6 bulan. Misi pertama berjaya...Yeayyyyy

Ni bila dan boleh duduk

Sehingga umur Haziq 1 tahun 2 bulan mama usung bag menyusu yang penuh dengan pump dan ice pack bagai ke mana-mana mama pergi. Sampai teman suami pergi meniaga di Nilai 3 pun bawak beg pam tau.

Hasil tuaian di Office

Nak mengepam memang perlukan satu tahap kesabaran yang tinggi. So, bila dekat opis je Nisa akan setkan time bila nak pum. Selain dari tu Nisa akan amik supplement set menyusu Shaklee khas untuk tambahkan kualiti dan kuantiti susu badan.

Nisa pilih breastfeeing pump brand Rumble Tuff. memang sangat puas hati. Actually encik asben yang belikan masa dalam pantang.

Ni la set yang Nisa ambil and highly recommended untuk ibu2 dalam pantang

Jadual pump Nisa dah set kalo di office, pagi2 masuk office pukul 8.30, Nisa akan sarapan and lepas tu ambil alfalfa 2 biji.
Pukul 10.00 1st session mengepam
Pukul 11.30 ambil ESP 2 scoop
Pukul 12.45 2nd session mengepam
Pukul 2.15 ambil alfalfa 3 biji
Pukul 4.15 3rd session mengepam
Malam sebelum tidur 4 biji ostematrix

Dekat rumah memang dah tak pump dah sebab direct bf je si Haziq ni

Sekarang ni tengah fikir macam mana nak bagi stop menyusukan Haziq.
Sebab cadangnya nak bagi Muqri dan Haziq adik lagi 1..eh...bole ke cam tu?


Thursday, October 16, 2014

Simpul Mengkarung Ketika Hamil

Apa tu simpul mengkarung?

Boleh sebabkan ulser kulit jika tidak dirawat lebih awal

URAT simpul atau Vena Varikos (Varicose Veins) adalah satu masalah lazim yang dialami 15 peratus orang dewasa yang mana 10 peratus daripadanya adalah wanita selepas bersalin.

Vena varikos adalah keadaan yang mana salur darah vena yang besar, kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol. Ia sering berlaku dan cukup jelas di bahagian kaki dan belakang betis.

Punca berlakunya vena varikos adalah disebabkan sama ada pengaliran darah yang perlahan dan menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki.

Mengikut sebuah artikel terbitan Kementerian Kesihatan, vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh pembesaran janin yang menekan atau memberi tekanan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior). Vena ini yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan organ-organ abdomen. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos. 



Petua atau tindakan apabila terkena Simpul Biawak atau Tarik Mengkarung 
  • Banyakkan minum susu, dan biskut bijan
  • Minum banyak air dan makan kacang bergaram
  • Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 
  • Gerakan ibu jari secara sendiri atau minta bantuan org lain
  • Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.
  • Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. 
  • Picit bahagian pergelangan kaki. 
  • Tarik semua jari kaki.
  • Sapu minyak panas pada jari kaki 
  • Kalau anda sedang duduk, atau tidur..terus bangun dan cuba berjalan .
Kejang kaki atau simpul mengkarung lazimnya dikaitkan dengan kekurangan kalsium di dalam tubuh. Sebab itu simpul mengkarung kerap menyerang ibu hamil sebab ibu hamil terpaksa berkongsi kalsium yang diambil dengan bayi di dalam perut.

Tapi jangan risau, Ostematrix mampu mengatasi masalah kejang kaki dan ianya selamat diambil oleh ibu mengandung kerana ianya safe and natural.



Mana nak dapat ostematrix ni?
Senang je, boleh sms/call/whatsapp Nisa 017-374538



Thursday, July 24, 2014

Bahaya Kencing Manis

Simptom penyakit kencing manis

  1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Letih dan lemah otot.
  3. Berat badan menurun.
  4. Penglihatan kabur.
  5. Gatal.
  6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  7. Luka yang lambat sembuh.
  8. Kerap kencing.
  9. Gatal pada kemaluan. 
  10. Rasa kebas. 
Kaki penghidap diabetes

Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes?

  1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi. 

Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes:

  1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan. 
  2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
  3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
  4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu. 
  5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
  6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 
  7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin. 
  8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 
  9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum. 
  10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
  11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati. 
  12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek. 
  13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.

 
 Rakyat Malaysia amnya orang Melayu sangat terdedah untuk terkena serangan diabetes kerana cara pemakanan yang mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi.


Keratan akhbar-hilang penglihatan akibat kencing manis

Mari rawat kencing manis bersama Shaklee

Cadangan vitamin yang perlu di ambil oleh penhidap diabetes

  • GLA Complex - Merendahkan gula dalam darah serta meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  •  Vitamin B Complex - Menukarkan makanan (karbohidrat/lemak /protin) kepada tenaga sekaligus mengurangkan rasa keletihan
  • Zinc - membantu pengeluaran insulin serta mengekalkan fungsinya dan mempercepatkan penyembuhan luka
Your trusted SID
Nisa Zainal
017-3745383
cod : Ampang/Cheras/Keramat/Subang Jaya


Monday, June 16, 2014

CARA-CARA TANGANI STRESS

Sekarang ni ramai orang hidup tak betul. Puncanya sebab stress. Kadang2 kesian tengok muda-muda hidup dah tak betul. Stress ni memang bahaya sebab dia menganggu emosi seseorang. Kalau tak dibanteras cepat memang akan leads to kehidupan yang huru hara. jom tengok apa punca stress,
Punca stress

Masalah kewangan
Menunggu lama
Konflik rumahtangga
Kena buli
Rasa rendah diri
Beban kerja
Penyakit fizikal
Kesesakan lalulintas
Persekitaran yang tidak selesa
Tragedi-trauma




 

Gejala stress

Gelisah
Risau keterlaluan
Gangguan tidur
Kurang tumpuan kerja
Cepat marah



CARA2 MENGATASI STRESS

1. Berzikir mengingati Allah atau meditation

Berbagai jenis teknik relaxation boleh dicuba , tetapi bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir, bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat zuriat.
Sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah SWT.

2. Deep Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui mulut juga perlahan2. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.

3. Hubungi kawan atau saudara melalui talipon dan berbual2 kosong sekejap tapi jangan terlalu lama dan jangan bangkitkan hal2 yang bolih merungsingkan fikiran, Cari cerita2 yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal peribadi.

4. Baring terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda buat mental scan untuk merasi kesan stress ,mulai dari hujung jari kaki dan terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.

5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan sekitarannya.

6, Lihat tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik hati kita untuk ketawa dan senyum. ' laughter is the best medicine'.

7. Berjalan , jogging atau berlari di taman2/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok2 ,daun2 hijau dan bunga2 yang indah berwana warni dang haryum baunya jadi penawar hati yang tertekan.


Selain daripada 7 cara mengatasi stress di atas, boleh juga ambil Vitamin B Complex dan Ostematrix sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan akibat stress


Vitamin B - Dikenali juga sebagai vitamin penenang (dah macam pil kuda plak...hahaha)  juga membantu dalam penghasilan sel darah merah.  kekurangan Vitamin B akan menganggu sistem saraf dan menganggu fungsi otak

Ostematrix - Menstabilakan tekanan darah, membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang

Selain daripada berfungsi untuk mengurangkan stress, Vitamin B ni mampu membuatkan kulit badan lebih bersih dan gebu. Ostematrix pula mampu membuatkan gigi lebih sihat dan kuat. Dah kira bonus ni. Macam beli 1 tapi dapat 2 manfaat.

Pada yang ingin cod area Ampang, Keramat, Cheras dan Subang Jaya boleh wassap 017-3745383
Boleh juga di pos ke seluruh Malaysia

Sunday, June 15, 2014

OSTEMATRIX UNTUK ORANG TUA SAHAJA



Selalu customer tanya Nisa, "Betul ke orang tua je boleh makan ostematrix?" "Betul ke budak2 tak boleh makan ostematrix?"

Alahai....bosan nya nak jawab soalan remeh cam ni...hihihi
Nisa....tolong jangan bosan ye...customer is always right!!!!!! SILA JAWAB DENGAN BERHEMAH!!!!!

Sebelum nak jawab soalan tu..meh nak story panjang lebar tentang ostematrix..dah story kang..tak  jawab soalan tu pun tak pe sbb sumenya akan terjawab dalam story2 di bawah ni..So jangan malas nak baca..tapi kalo tak nak baca pun x pe..bole tanya soalan yang sama dekat Nisa ..bole wassap Nisa ye..0173745383..pasti anda akan dilayan

Ostematrix ni tablet calcium yang sangat mudah nak telan. Sebab dia macam licin skit. So letak dalam mulut, tolak dgn air dia automatik tertelan sendiri. Magik kan? hikhikhik Ni supplement magik saya cakap dkt anak saya.

Fungsi-fungsi ostematrix:
*Mengandungi kalsium dan magnesium untuk bina darah, tulang dan gigi dalam badan.
*Mengelak sembelit dalam pantang
*Membantu menetapkan ritma jantung
*Menyelesaikan masalah insomia
*Berupaya mengurangkan kolestrol dalam darah
*Bersifat alkali yang mampu meneutralkan asid dalam perut sekaligus mengelakkan gastrik dan pedih ulu hati
*Dapat mengurangkan masalah senggugut

Banyak sangat manfaat ostematrix ni. Yang penting ostematrix ni sesuai diambil tak kira tua atau muda. Tak kira besar atau kecil.

Sesapa yang nak beli bole la tinggalkan komen atau roger Nisa 017-3745383


Wednesday, April 23, 2014

Cek Gigi di USIM Pandan Indah







Buat apa dekat sini?
Muda2 dah sakit gigi...
Apo nak dikato...lambat sangat jumpa Shaklee..hehhehe...Alasan lagi

Nak cite pagi tadi ada appointment dgn dentist dekat Klinik Pergigian Kg Pandan Dalam. Lepas scalling gigi doktor tu suggest aku pi Fakulti Pergigian di USIM..wth..tak kan nak pi USIM dekat Nilai nun

Senyum je dentist yang kecik molek tu...USIM untuk Fakulti Pergigian ada dekat Pandan Indah jer..So aku pun amik time off di klinik and shoot ke Pandan Indah. Ramainya orang la hai

Sampai je Menara B, amik pass trus naik tingkat 17..Kena bayar RM5 okey..untuk setahun..Tunggu punya tunggu...tu dia giliran aku..masuk duduk la atas kusi antik sambil baring tgk lampu..Ada org interview segala bagai..pastu kena xray mulut lagi

Skarang baru la time jumpa doktor..doktor dari seberang oullsss...hadapkan aje la ye
Skali doktor ni ceramah punya la panjang..siap amik model gigi tu tunjuk aku cara2 berus gigi..macam dekat sekolah rendah dolu2 tu..hikhikhik...comel dentist ni

Lepas habis kena basuh, doc tu siap pesan...jgn malas gosok gg..malam ni sblm awk tido mesti teringat2 dkt saya...:)

End up before shoot to Subang office, aku singgah farmasi beli benda alah bawah ni




cabaran untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat plus aku akan pastikan amik 2 benda ni jgk tiap hari ok





Vitamin C tuk kesihatan gigi
Ostematrix tuk gigi yang kuat

Yehaaa....

Many thanks to Dr Tjut Mardiny Boerhan - dentist best yang I penah deal ok..siap rekemen suh buat braces lagi..Sorry doc..I takut

Sesapa nak tahu pasal USIM Pandan Indah ni boleh la tinggalkan comment

Friday, April 18, 2014

Sakit Gigi dan Shaklee

Oleh kerana gigi ku sakit harini..So kita cerita pasal gigi la hari ni..heheheh


Sebenarnya gigi aku tak sakit pun..Tapi gusi membengkak dan seakan ada nanah dalamnya. Tapi serius tak sakit. Maybe sebab aku tak pernah miss makan ostematrix kot..hihihi..terlebih calcium

Ok sekarang nak cite pasal sakit gigi. Ada beberapa petua untuk mendapatkan gigi yang sihat antaranya
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
  • Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
Kalo susah2 beli aje Ostematrix

Jom wassap saya tuk dapatkan free consultation
Nisa Zainal
017-3745383


Monday, March 31, 2014

Punca Kaki Cramp dan Cara atasi masalah kekejangan kaki

Kekejangan kaki selalu di alami oleh kita terutamanya ibu mengandung, atlet dan warga emas. Persoalanya, kenapa kekejangan kaki ni berlaku?

* Kekejangan kaki diwaktu malam disebabkan pengecutan otot yang tidak terkawal terutamanya ketika tidur. Dan ini terjadi akibat daripada cara tidur atau posisi kaki ketika tidur. Kekurangan air dan kalsium juga menjadi penyumbang utama kepada terjadinya leg cramp.

* Ibu mengandung terutamanya apabila usia kandungan menginjak ke trimester kedua akan sering mengalami simpul mengkarung. Ini terjadi seiring dengan pembesaran rahim dan berat badan bertambah. Kaki akan menjadi letih dan mengakibatkan otot keletihan dan pengembangan otot akan tidak terkawal. Rahim dan janin yang semakin membesar akan menyebabkan tekanan kepada salur darah dan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan baik hingga ke bahagian kaki. bagaimanapun, ini dapat diatasi sekiranya ibu hamil mengambil pil kalsium daripada doktor.

* Warga emas sering mengalami sakit2 lutut, kaki dan lenguh2 badan. Ini kerana usia yang semakin tua dan kekurangan kalsium untuk menampung tulang yang semakin rapuh.

* Individu yang sering bersukan juga akan mengalami seliuh terutamanya bahagian abdomen seperti kaki dan tangan. Salah posisi tidur juga akan menyebabkan otot leher terkehel.


Banyak cara boleh kita ambil untuk mendapatkan sumber kalsium. Tetapi cara yang paling mudah dan cepat adalah dengan mengambil tablet kalsium. Ostematrix dari Shaklee tidak kurang hebatnya.

Harga pasaran : RM61 untuk 120 biji dan sebotol tahan sehingga sebulan ke sebulan setengah

XOXO
Your Shaklee Independent Distributor
Nisa 017-3745383

Contact or wassap me for free consultation and cod area Ampang, Keramat. Cheras, Subang Jaya, Rembau dan Chengkau


Tuesday, December 10, 2013

Dibelenggu masalah buasir?


Anda dibelenggu masalah buasir?
Kesakitan di bahagian dubur yang tak dapat dibendung?

Memang seksa kalo ada buasir ni. Nak membuang pun dah tak de nikmat.
Jom kita sergah produk Shaklee yang boleh membantu atasi dan rawat buasir dengan cara sihat

  • OSTEMATRIX ~ mambantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan pada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur
  • OMEGA GUARD ~ baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat tekanan otot dubur ke atas bengak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat sakit dan omega mampu mengecutkan otot yang bengkak itu
  • ZINC COMPLEX ~ membantu menyembuhkan luka di dubur dengan cepat


Monday, September 2, 2013

Atasi masalah migrain anda dengan cara sihat ~ Shaklee

★merawat migrain★



●Ostematrix●
(Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...




●B Complex●
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.