Balik dari tempat gajah tadi kami suruh pemandu tuktuk tu hantar kami ke Floating Market. Tuktuk tu parking dan kami berjalan sikit nak sampai ke tempat jualan tu. Sebelum buat apa-apa kami singgah toilet anak-anak nak membuang. Sini wajib la ada duit syiling sebab semua toilet dekat Hatyai ni berbayar ye. Lepas selesai acara membuang semua, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat. Depan surau ni punyalah banyak anjing sampai kami yang menunggu ni tak tau nak duduk mana sebab takut punya pasal.
Layan gambar anak bujang dulu sementara tunggu apaknya habis solat.
Bila berjalan dengan anak-anak kecik ni memang payah la nak tangkap gambar kenangan banyak-banyak sebab masing-masing buat perangai. Abang yang sulung je yang okey. maybe sebab dia dah besar sikit.
Balik dari floating market, kami suruh driver tuktuk hantar kami ke pasar apa ye namanya. Tapi pasar tu pun dah nak tutup. Masa tu jam baru pukl 5 petang. nak tutup pun sempat jugak membeli. Balik macam biasa tahan tuktuk ke Lee Garden Plaza. Kenapa tak turun dekat hotel je? Sebab malam-malam sekeliling Lee garden ni happening. Sebelum jalan sesak, baik kami jalan-jalan cuci mata dulu. Singgah beli pulut mangga yang sedap dekat adik yang manis ni dulu.
Pulu mangga dia memang terbaik. tak sama rasanya yang jual dekat Malaysia ni. Rasa macam rugi pulak beli 1 je. Tapi esok dah nak balik Malaysia. So next trip pulak la ye membeli di situ. dan tak sah kalau tak singgah 7E beli air kan. Air meiji ni sedap sangat. Macam-macam perisa ada. Dekat Malaysia pun ada jual tapi ya ampun harganya mahal bebenor.
Lpas 7E menapak balik ke depan Lee Plaza Garden sebabnya anak yang sulung nak tempah passport cover. passport cover dekat sini murah la jugak dalam RM13.

Showing posts with label HATYAI. Show all posts

Tuesday, December 3, 2019
TRIP TO HATYAI - LAST DAY
Hari ni last day di hatyai. Tiket ETS dari Padang Besar pukul 6 petang. Plannya hari ni nak bawa anak-anak balik dari Hatyai ke Padang Besar naik train Thailand yang klassik tu.
Macam biasa pagi2 bangun solat subuh dulu. Relax-relax di hotel sambil2 kemas bag sebab hujan lagi masa ni. Lepas hujan reda menapakla 5 beranak ke seberang hotel makan roti canai.
Sepanjang pagi hujan lebat. Kalau nak di ikutkan hotel ke stesen keretapi dekat je tak sampai pun 1km. tapi sebabkan hujan dan ada anak kecil, so we decided untuk ambil tuktuk jugak la ke stesen keretapi. Cepat kami gerak dari hotel sebab tak nak tiket habis. Pukul 11.30 dah ada dekat stesen terus beli tiket. Itu pun tiket dah nak habis. Mana tau dah nak habis? Sebab lepas je kami beli terus orang belakang tak dapat seat. Kalau tak de number seat means kena la berdiri ye sampai stesen Padang Besar.
Tiket dari Hatyai ke Padang Besar murah je. 50bath bersamaan lebih kurang dalam RM7.50 seorang. Nampak tak ada tulis car dgn seat no. Susah yang amat nak cari seat number ni dlm train. Tak sistematik langsung. Asyik la tersalah duduk tempat orang sampai bergaduh2. Yang tak de seat number pun sibuk nak duduk dekat seat kita. Oleh itu dinasihatkan supaya terus naik train bila train sampai.
Tengoklah stesen keretapi dekat Thailand ni. Bole melintas macam tu je. Tak de safety langsung. Kalau dekat Malaysia, siap kena guna jejantas lagi kan. Kita pula yang siap nasihat anak jangan pijak dekat batu-batu tu. Bahaya.
Antara kiosk yang ada dalam stesen keretapi Hatyai. Ada kedai yang accept RM. Ada jugak kedai yang tak accept RM. Tandas kena bayar guna syiling Thailand ye. Tiada syiling Malaysia yang diterima bila nak masuk tandas dalam stesen keretapi ni. Harap maklum.
Anak bujang dua orang suruh mamanya tangkapkan gambar nak buat kenangan.
Tengoklah gelagat anak dara sorang ni. Boleh dia pegi tutup telinga bising katanya. Memang la bising sayang oi.. Ni keretapi klasik namanya. Tengok kipas dan tempat duduk pun dah tau klasik kan. Tingkap yang dekat seat kami ni tak bole buka. Tadi masa ambil gambar pinjam seat orang lain..Hehehehe. Tingkap2 ni boleh buka dan tutup masa keretapi sedang bergerak. Train ni memang gerak ontime ye. Kalau dalam tiket gerak pukul 12 mmg pukul 12 la geraknya.
Maka kami pun sampai Padang Besar pukul 12.55pm waktu Thailand bersamaan pukul 2ptg waktu Malaysia. Kami memang plan nak pergi shopping di Padang Besar. So sampai je di stesen Padang Besar, kami ambil teksi RM30 pergi dan balik sekali tumpang bonet letak bag baju. Ambil no phone uncle tu sebab lepas habis shopping kena call dia suruh jemput. Tiket ETS pergi KL akan gerak pukul 6.30. Maka pukul 5.30 dah kena ada dekat stesen keretapi. Selesai cop pasport sume lebih kurang pukul 3 ptg la. Lambat sebab ramai orang plus kastam tu cek pula bag kitaorg. Tak tau la apa benda dia nak tengok.
Sempat lagi ambil gambar dengan Ultraman. Masa ni semangat lagi, husband sampai-sampai je terus shopping baju jersey berhelai-helai. Sebab kami tak beli surveniour untuk family dekat hatyai, so kami beli je jersey untuk adik-adik dekat sini. Murah la berbanding Hatyai. Contoh kalo yang RM20 tu, dekat Padang Besar memang RM20 lakan. Tapi bila di Thailand diaorg akan jual 200 bath bersamaan RM26 kalo tukar duit sini. Kalo diaorg letak harga 150 bath pun stil sini lagi murah 50 sen dari sana. Hehehehe..
lagipun dekat sana tak sempat nak menyopping pun asyik sight seeing je kan. Maklumlah pelancong..
Lepas shopping jersey, anak-anak pula shopping mainan. Anak dara shopping bantal Didi & Friends.Semua murah-murah la jugak.

Wednesday, November 20, 2019
TRIP TO HATYAI DAY 2 - PART 1
Hari ke 2 ni kita pergi jalan jauh sikit. Pagi-pagi lepas solat subuh je terus keluar pergi breakfast dekat Chabura Dim Sum. Ni muka dua budak excited nak pi jenjalan
Sebelum tu kami sewa tuktuk sehari untuk hari ni. Harga tak ingat pula. Tapi tuktuk ni la yang angkut kami ke Chabura Restaurant, Museum, Pantai di Songkla, tengok gajah sume la.
Sampai Chabura Dimsum pun orang punya la ramai sampai tak de seat nak duduk. Ni la gambar keadaan depan Chabura Dimsum ni. Kedainya simple sangat. tak tau la macam mana boleh viral
Tunggu lama juga dalam 20 minit baru la ada seat. So apa lagi, order la kan. Menu pertama yang sampai ialah
Roti Canai.....
Kalau tanya sedap ke tak dimsum dekat sini? Jawapan Nisa...Biasa je. Tak de la sedap sangat sampai nak datang lagi next time. Roti canai tu lagi la tak sedap. Jujurkan Nisa ni.
Maka lepas breakfast kami pun berangkat ke magic Eye 3D Museum Hatyai. Harga tiket boleh rujuk gambar banyak-banyak di bawah ni ye. Kecil je museum ni. Tapi ada magic show. Masa kami sampai ni show baru habis dan next show lambat lagi. Disebabkan kami ni kejar masa, kami pun layan gambar2 3D je la dalam tu.
Lepas berjimba di Magic Museum. Kami pergi ke Songkla City. Melawat the Great Sarpant "Nag". naga ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepal, tengah dan ekor. yang menariknya ketiga-tiga bahagian ni di tempat yang berlainan dan memang kena naik kenderaan. Ada kisah tentang The Great Sarpant ni tapi Nisa dah tak ingat. So anda boleh la google ye. Masa ni cuaca tengah panas. Jadi tak banyak gambar yang di ambil. Yang penting askrim dengan buah mangga memang kena beli ye.
Dari Songhkla kami terus ke tempat gajah yang famous di Hatyai tu. namanya Chang Puak Champ Hatyai.
Sebelum tu kami sewa tuktuk sehari untuk hari ni. Harga tak ingat pula. Tapi tuktuk ni la yang angkut kami ke Chabura Restaurant, Museum, Pantai di Songkla, tengok gajah sume la.
![]() |
| Memang ingat no je hari ni. Sebabnya selalu driver tuktuk ni akan turunkan kita dekat destinasi lepas tu pandai2 la kita nak p melawat or beli pape sendiri |
Tunggu lama juga dalam 20 minit baru la ada seat. So apa lagi, order la kan. Menu pertama yang sampai ialah
Roti Canai.....
![]() | ||||
| Dah macam murtabak Malaysia da |
![]() | |||||
| Antara dimsum yang di pilih oleh anak-anak |
Maka lepas breakfast kami pun berangkat ke magic Eye 3D Museum Hatyai. Harga tiket boleh rujuk gambar banyak-banyak di bawah ni ye. Kecil je museum ni. Tapi ada magic show. Masa kami sampai ni show baru habis dan next show lambat lagi. Disebabkan kami ni kejar masa, kami pun layan gambar2 3D je la dalam tu.
Lepas berjimba di Magic Museum. Kami pergi ke Songkla City. Melawat the Great Sarpant "Nag". naga ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepal, tengah dan ekor. yang menariknya ketiga-tiga bahagian ni di tempat yang berlainan dan memang kena naik kenderaan. Ada kisah tentang The Great Sarpant ni tapi Nisa dah tak ingat. So anda boleh la google ye. Masa ni cuaca tengah panas. Jadi tak banyak gambar yang di ambil. Yang penting askrim dengan buah mangga memang kena beli ye.
Dari Songhkla kami terus ke tempat gajah yang famous di Hatyai tu. namanya Chang Puak Champ Hatyai.
![]() |
| tengok harga elephant riding sampai 500bath. Mahalnya. Lebih kurang RM65. Baik tak payah naik. Dah la kita seksa gajah tu nati. Jimat duit mama..fuhhhh lega |
Monday, November 18, 2019
TRIP TO HATYAI DAY 1
Sesampai di Stesen Padang Besar kami ada masalah besar jugak. Tak de family yang nak naik 1 van dengan kami masuk Thailand. Jadi tunggu punya tunggu, kami pun naik teksi prebet sapu, pi cop pasport sume and teksi hantar pergi naik van campur dengan orang Thailand.
Alhamdulillah sampai jugak ke Hatyai. Siap hantar depan pintu hotel lagi. Hotel dah booked siap2 dekat Trivago tapi bayar cash dekat hotel.
Kami tinggal di Pacific Residence ni selama 2 malam. Overall, hotel ni memang murah tapi lama. Lama macam mana? Segala2nya lah lama. Cerek pun tak de okey..Tapi boleh pinjam dekat receptionist dia.
Kalau bawa orang tua, toksah nak book hotel ni. Sebabnya dia bertangga. Tangga ni wajib kena tempuh ye. Sebab dari luar nak sampai ke reception tu memang kena naik tangga.
Ni lah keadaan bilik kami. 1 katil king size. Oleh kerana kami 5 beranak, so kami tambah 1 single bed. Memang sesak sikit la bilik bila dh masuk single bed tu. Tapi ada kami kisah? Bilik ni hanya untuk tidur malam je.
Sampai-sampai anak terus lompat atas katil. lepas tu kami rest sekejap dan solat sebelum keluar semula.
1st dayy ni kami decide nak pergi Asean Night Market je. So keluar je hotel terus tahan tuktuk.
Sampai je kami lepak2 dulu dekat tepi market ni sebab ada tempat duduk yang comel-comel.
Sebelum gelap kami naik atas cari makanan. Tapi tak sempat nak snap 1 gambar pun sebabnya tengah lapar dan serabut ramai orang. Dengan anak menangis, dengan dugaan tak dapat tempat duduk lagi. Sabar je lah.
Jom cuci mata dekat Asean Night Market plak. Sini bahagian bawah tempat shopping2. Bahagian atas jual makanan. Punya la banyak makanan sampai tak tahu nak pilih apa. Tapi kerabu maggi dekat sini sedap. Bubur nasi pun sedap. Siap tapau bawa balik hotel pun sedap lagi.
Lens ni je yang sempat beli dekat Asean Night Market. tapi nak bagitau yang lens ni sangat la tak best. Keras dan tak selesa. Pakai sekali je end up buang.Nasib baik la murah.
Anak-anak memang tak membeli pun dekat Asean Night market ni sebab tak jumpa apa yang berkenan di hati pun. Makanya makan dan cuci mata je la disini.
Belanja gambar sweet couple dulu la
Dari Asean Night Market ni kami jalan kaki je ke Greenway market. Jauh juga,berpeluhlah ketiak..hahahaha
Ok..dah sampai di Greenway Market...Tadaaaa
Kalau tanya mana lagi murah antara Asean Night Market dengan Greenway Market?
Jawapannya mestilah Greenway Market. Tapi barang yang dijual tak sama ye. Kalo dah berkenan terus je beli. Kalau cakap nati lah. Jalan lagilah. Mesti akhirnya tak beli.
Ni pulak satu-satunya barang yang beli dekat Greenway Market. Itu pun sebab murah. Ni pun pakai sekali je sebab ketat. Masa try macam dah ok size 36 sekali esoknya nak pakai sakit plak sebab jari kaki kena bengkokkan.
Lepas habis shopping kitaorang pun ambil tuktuk balik hotel. Tapi tak terus balik hotel pun. Turun depan Lee Garden Plaza sebab nak menapak dari situ ke hotel sambil2 cuci mata lagi.
Menarik kan udang ni. Tengok and snap gambar je. Tak beli pun. Besar sangat sampai takut nak makan. Memula memang ingat nak beli tapi kenyang lagi makan dekat Asean Night Market tadi. Bubur pun ada tapau nati dekat hotel nak makan.
Buah ni beli masa on the way menapak dari Lee garden ke hotel. Harga tak ingat pula. Tapi nenas dengan jambu tu memang manis. Mangga je yang masam. Rezeki dapat yang masam.

| Tangga dari pintu masuk nak ke reception tu. Reception dia atas tangga tu belah kiri. Berhadapan dengan brother pakai baju oren tu. |
Ni lah keadaan bilik kami. 1 katil king size. Oleh kerana kami 5 beranak, so kami tambah 1 single bed. Memang sesak sikit la bilik bila dh masuk single bed tu. Tapi ada kami kisah? Bilik ni hanya untuk tidur malam je.
Sampai-sampai anak terus lompat atas katil. lepas tu kami rest sekejap dan solat sebelum keluar semula.
1st dayy ni kami decide nak pergi Asean Night Market je. So keluar je hotel terus tahan tuktuk.
![]() |
| 2 orang hero tu memang excited naik tuk tuk. Besat katanya |
Sampai je kami lepak2 dulu dekat tepi market ni sebab ada tempat duduk yang comel-comel.
Sebelum gelap kami naik atas cari makanan. Tapi tak sempat nak snap 1 gambar pun sebabnya tengah lapar dan serabut ramai orang. Dengan anak menangis, dengan dugaan tak dapat tempat duduk lagi. Sabar je lah.
Jom cuci mata dekat Asean Night Market plak. Sini bahagian bawah tempat shopping2. Bahagian atas jual makanan. Punya la banyak makanan sampai tak tahu nak pilih apa. Tapi kerabu maggi dekat sini sedap. Bubur nasi pun sedap. Siap tapau bawa balik hotel pun sedap lagi.
Lens ni je yang sempat beli dekat Asean Night Market. tapi nak bagitau yang lens ni sangat la tak best. Keras dan tak selesa. Pakai sekali je end up buang.Nasib baik la murah.
Anak-anak memang tak membeli pun dekat Asean Night market ni sebab tak jumpa apa yang berkenan di hati pun. Makanya makan dan cuci mata je la disini.
Belanja gambar sweet couple dulu la
Dari Asean Night Market ni kami jalan kaki je ke Greenway market. Jauh juga,berpeluhlah ketiak..hahahaha
Ok..dah sampai di Greenway Market...Tadaaaa
Kalau tanya mana lagi murah antara Asean Night Market dengan Greenway Market?
Jawapannya mestilah Greenway Market. Tapi barang yang dijual tak sama ye. Kalo dah berkenan terus je beli. Kalau cakap nati lah. Jalan lagilah. Mesti akhirnya tak beli.
![]() | |
| Itu purse 80 bath lebih kurang dalam RM10 |
Ni pulak satu-satunya barang yang beli dekat Greenway Market. Itu pun sebab murah. Ni pun pakai sekali je sebab ketat. Masa try macam dah ok size 36 sekali esoknya nak pakai sakit plak sebab jari kaki kena bengkokkan.
![]() |
| Sampai hari ni rasa rugi sangat tak beli baju tidur |
Lepas habis shopping kitaorang pun ambil tuktuk balik hotel. Tapi tak terus balik hotel pun. Turun depan Lee Garden Plaza sebab nak menapak dari situ ke hotel sambil2 cuci mata lagi.
Menarik kan udang ni. Tengok and snap gambar je. Tak beli pun. Besar sangat sampai takut nak makan. Memula memang ingat nak beli tapi kenyang lagi makan dekat Asean Night Market tadi. Bubur pun ada tapau nati dekat hotel nak makan.
Buah ni beli masa on the way menapak dari Lee garden ke hotel. Harga tak ingat pula. Tapi nenas dengan jambu tu memang manis. Mangga je yang masam. Rezeki dapat yang masam.
Subscribe to:
Posts (Atom)