Showing posts with label NIlai 3. Show all posts
Showing posts with label NIlai 3. Show all posts

Tuesday, August 22, 2017

Pameran Transformers Dan Dinasour Di Nilai 3 - Part 2

Sekaranga nak cerita masuk tempat berbayar pulak. Harga tak de la mahal mana. Setiap bayaran akan dapat tag gealng. Kena pakai dekat anak sebab kalo tak de gelang tu tak boleh main permainan di dalam.


Harga bayaran RM7 untuk setengah jam. Dia akan set time untuk kita. Deposit RM3 tu tak payah bayar pun.

Anak-anak kejar yang ni lah..Suka sangat main pasir. main sampai tak pandai orang lain. bayar untuk 2 orang ni je. Nayli tak bayar pun sebab kecik lagi dan tak main pun. Parents boleh masuk je tak payah bayar. Monitor anak-anak, even x de anak yang bayar pun boleh je masuk dalam ni sebab still ada patung-patung transformers untuk tangkap gambar.


Tangkap gambar lagi dengan transformers

Bumble Bee

Last sekali sebelum balik tangkap gambar dengan Bumble bee.. Banyak lagi permainan dalam ni tapi semua tak tangkap gambar sebab Nayli dah mula crancky. So kita balik je la

Pameran Transformers Dan Dinasour Di Nilai 3 - Dec 2016

Cerita dah basi tapi baru nak upload. Kekangan masa sangat-sangat bila dah ada anak tiga dan ada pula bisness lain yang nak diberi perhatian lebih. Tak masuk kerja pejabat lagi.

Log story short, my husband and I decide nak pergi Nilai 3, plan nya nak beli bidai untuk di letak di taska. Memang beli pun. Bila nak balik singgah la solat tiba-tiba ternampak pulak ada kepala dinasour yang tinggi ni. So kami decide untuk pergi tengok lepas solat Asar.

Ni lah binatang yang kami nampak dari jauh tu

Sampai-sampai lampu semua belum buka lagi. Tempat-tempat jalan pun belum buka sebab tempat ni buka pukul 7 malam. So kami decide untuk datang semula lepas solat maghrib.

Lepas je solat kami serbu balik tempat ni. 1st thing yang kami nampak mestilah lampu-lampu tepi jalan ni



Cantikkan lampu-lampu ni. Masa kami pergi ni dekat-dekat dengan Krismas. So tema lampu ni memang tema Krismas la kan.

Santa Clause pun ada ni ha


Orang salji pun ada dkt Nilai 3 ni..Hahahaha
 dah penat tangkap gambar dekat lampu-lampu ni.Kami pun masuk sikit kedalam. jadi kami pun jumpala Optimus Prime ni. mak aiiii...Besarnya..macam mana la diaorg buat benda alah ni kan



Masuk dalam lagi ada gerai-gerai jual makanan then jual barang-barang macam baju, pin tudung, tudung dan banyak lagi la. Tapi shopping dekat sini tak best. Kena pegi masuk kedai satu-satu dekat Nilai 3 tu.

Actually pameran ni ada 2 bahagian. Yang luar-luar ni penuh dengan lampu dan dinasour. Yang ni memang free.Tengok dan tangkap la gambar puas-puas. Jangan sampai ada yang tak puas hati dekat kau sebab asyik kau je yang bergambar dengan dinasour sudah.

Bahagian kedua bahagian yang berbayar untuk budak-budak main dalam tu. Bayar masa nak masuk lepas tu main la sampai lebam.

Jom layan gambar dinasour pulak

Nayli asyik la tengok dinasour tiap kali tangkap gambar

Eh eh..Ada telur dinasour la. Sekali pecah ada 3 anak dinasour dalam tu. Kembar tak sama tahun rupanya


Giant Spider pun ada. Nayli macam biasa lagi suka tengok spider dari camera

King Kong...haziq dah peluk kuat-kuat masa ni.Nayli mmg x pernah camera ready

Sotong Kurita. Hai la Nayli. Kenapa lah dengan awak ni





 Sorry la post kali ni memang banyak sangat gambar. Terpaksa pula korang tengok sampai muntah. Oleh kerana nak delete photos dalam hp terpaksa la buat entry dan transfer gambar banyak-banyak dalm blog.


Clown gediks

Ni orang galah tapi nak tunggu dia pusing punya la lama so kita tangkap gambar belakang je la ye

Ada buaian jugak kot la anak-anak nak duduk main buaian

Habis dah part yang free-free. Next entry kita cerita pasal part yang berbayar untuk anak-anak pula. Ni semua gambar time malam.

Kalau nak tengok versi gambar di siang hari boleh lawat blog mama jue KLIK SINI