Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Showing posts with label Carotomax. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Glaucoma : Penyakit saraf mata dan ubatinya dengan Shaklee

GLAUCOMA?? 
 Jom Amalkan CAROTOMAX Shaklee Sebagai Vitamin Untuk Mata Sihat



Apa itu glaucoma?
Glaucoma merupakan sejenis penyakit saraf mata., iaitu saraf optic “optic nerve”. Optic nerve secara semulajadinya akan menerima impuls daripada cahaya di retina dan akan menghantar impuls tersebut ke bahagian otak yang membolehkan kita sebagai manusia dapat melihat objek tersebut.

Glaucoma dicirikan sebagai penyakit saraf optic yang biasanya dimulai dengan symptom kehilangan daya penglihatan pada bahagian peripheral. Jika ianya tidak dirawat, glaucoma boleh menyebabkan kesan yang lebih serius termasuk kehilangan deria penglihatan keseluruhannya. Ha?boleh buat kitabuta?Oh No!!!!!

Apa punca-puncanya?
Glaucoma boleh disebabkan oleh beberapa sebab. Antara yang paling kerap ialah 
~meningkatnya tekanan (pressure) di dalam mata yang seterusnya merosakkan saraf mata (optic nerve).Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, optic nerve merupakan saraf utama bagi mata untuk penglihatan. Bentuk bulat bebola mata berjaya dikekalkan dengan wujudnya tekanan yang di dalam bebola mata, di mana nilai normalnya ialah antara 8mm sehingga 22mm of mercury. Apabila tekanan berada pada nilai yang terlalu rendah, bebola mata akan menjadi lebih lembut, manakala peningkatan tekanan di dalam mata akan menyebabkan ianya lebih keras. Optic nerve merupakan bahagian di dalam mata yang paling mudah untuk rosak disebabkan oleh peningkatan tekanan ini.

Nak test sama ada kita mempunyai glaucoma ke tidak? jom tengok 2 perbezaan gambar di bawah

Ni gambar penglihatan normal

Ni pula pandangan seseorang yang menghidap galucoma
 

Terdapat beberapa golongan dan individu yang mempunyai risiko untuk menghidap glaucoma, antaranya ialah
1. Faktor keturunan
2. Usia lebih 45 tahun
3. Kencing manis (diabetes)
4. Pernah mengalami kecederaan di dalam mata
5. Penggunaa ubat cortisone (steroid)

Jom makan Carotomax Shaklee sebagai Vitamin Untuk Mata Sihat
Setiap dari kita mesti mahukan mata kita sentiasa sihat walaupun kadangkala kita lupa untuk menjaga mata dengan baik sebenarnya. Bagi yang mengalami masalah mata silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak, glaucoma, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya, mesti tercari-cari apakah supplemen ataupun vitamin yang sesuai untuk mata anda...Saya ada jawapan untuk masalah mata anda..

Apa itu Carotomax Shaklee?
Carotomax adalah beta karotena merupakan prekursor vitamin A yang didapati selamat untuk pengambilan berbanding vitamin A. 

Carotomax mengandungi 6 variati karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti:-
¤ rumpai laut,
¤ tomato,
¤ biji anggur,
¤ brokoli,
¤ marigold,
¤ epal,
¤ kentang,
¤ minyak sawit dan lain-lain.

Ahli nutrisi telah mencadangkan bahawa pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk kita mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. Justeru, dapat memelihara kesihatan penglihatan kita, kesihatan kulit dan juga dapat mencegah dari kanser.

Bahan-bahan yang digunakan dalam Carotomax Shaklee adalah dari SUMBER SEMULAJADI..
Jadi, ia SELAMATdigunakan dan InsyaAllah dengan penggunaan yang konsisten dapat mengurangkan masalah mata anda.

Antara Faedah yang akan anda dapat dari pengambilan Carotomax Shaklee ini ialah:-
~ Lebih Selamat dari Penggunaan Vitamin AMempertingkatkan Penglihatan dari masalah silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,GLAUCOMA, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya.
~ Meredakan penyakit kulit seperti ulser kulit, kulit kering, jerawat dan akne, psoriasis, scabies dan sebagainya
~ Melindungi Epithelial iaitu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.
~ Melawan Kanser dan Oksidasi terutama kanser payudara dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
~ Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru iaitu batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema. 

Siapa yang sayang kan mata anda, jom order Carotomax dari Nisa. 
Cod boleh, pos pun boleh


Thursday, October 23, 2014

Mengurangkan Rabun Mata dengan Shaklee

Ramai yang bersungut bila tak dapat melaksanakan aktiviti harian yang digemari bila terpaksa memakai cermin mata akibat rabun yang semakin teruk

Tak kan berenang pun nak pakai cermin mata kan?
Nak tonton wayang 3D pun susah




Tak percaya? Boleh cuba 1 botol tapi sebelum tu pergi cek power mata dulu.. Lepas habis consume 1 botol pegi kedai cermin mata yang sama dan cek power mata kita. Tengok lah perbezaan power mata anda nanti. Jangan terkejut sampai menangis sudahla ye..Akak dah bagi peringatan awal-awal ni

Testimoni customer yang sangat berpuas hati dengan carotomax

Ramai sangat customer yang sangat berpuas hati dengan Carotomax ni. Tengah2 duduk tengok tv tetiba dapat whatsapp dari customer

"Kak, saya dah tak payah pakai spek dkt dalam rumah la..Kalau dulu dalam rumah bangun tidur je kena.capai spek dulu. Skarang bangun malam pegi tandas pun tak payah pakai spek" - Fifah


"Nisa, sabtu minggu lepas akak tengok cerita hindustan. Baru 5 minit tengok kepala dan pusing. Akak cabut spek the baring dkt sofa. Skali akak tengok tv nampak terang senikata dlm tv tu.Adakah power mata akak dah kurang? Tpi akak baru makan sebotol setengah "- Kak Rosni



Carotomax kaya dengan Vitamin A untuk kesihatan mata, mampu ke kita makan Bayam, Carrot, Brocolli, Tomato, kacang badam setiap hari untuk memiliki mata yang sihat?
Mesti nak termuntahkan makan benda yang sama setiap hari.

So, untuk mengelakkan kita daripada muntah akibat bosan dengan rutin makanan yang sama, apakata ambil 1 capsule Carotomax setiap hari untuk kesihatan mata, kesihatan tulang dan kulit yang bersih dan cerah.


Ini antara tips yang perlu untuk mengurangkan rabun dan silau:
  1. Berdiri di satu posisi dan lihat kepada pokok yang hijau dalam tempoh 10 minit setiap pagi. Fokus pada titik tersebut.
  2. Rehatkan mata anda setelah melihat skrin komputer lebih daripada 30 minit. Pejam dan celik mata berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  3. Titiskan 2-3 titik madu ke dalam mata. Petua ini saya perolehi daripada buku Rasulullah is My Doctor.
  4. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  5. Amalkan untuk minum jus lobak merah tanpa gula dan ais. Banyakkan makan makanan daripada sumber Vitamin A.
  6. Anda boleh amalkan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.
credit to  http://www.mychibibox.com . Lihat, supplement yang kaya dengan Vitamin adalah yang paling mudah bagi kita yang memang sentiasa busy  ni.

Berminat? Jom order



Monday, August 11, 2014

FIBROID OH FIBROID

Dengar nama pun dah takut
Ini musuh utama kaum hawa
Takut bila disahkan ada fibroid dalam rahim. Hidup tak keruan dibuatnya walaupun secara amnya fibroid ni tak menganggu kehidupan harian diperingkat awal.

Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.


Last 2 months Nisa ada jual GLA Complex dan Vitamin E pada seorang akak ni. Katanya kalau boleh nak kecutkan fibroid sebabnya doktor sahkan fibroid dia sebesar 8cm dan dia kerap rasa sebu diperut dan kerap buang air kecil.

Fibroid pelbagai size ihsan En Google

Setelah 2 bulan mencuba GLA Complex dan Vitamin E, akak ni pun pegi ke klinik untuk scan dan alhamdulillah fibroid mengecut daripada 8cm kepada 5.3cm.
Gembira bukan kepalang akak tu...Nisa pulak mesti la double triple gembira sbb customer gembira

Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah:

1)  perubahan haid yang banyak
2) sakit semasa hubungan seks
3) mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar
4) pembesaran dalam rahim dan perut
5) keguguran dan infertiliti

Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.

Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.

Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak. Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.

Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.

Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.

Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid. Di nasihatkan supaya anda berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan lanjut.

Alternatif lain yang boleh dibuat jika anda disahkan menghidapi fibroid ialah dengan mengambil GLA Complex. Fungsi GLA ialah ia akan mengurangkan keradangan & saiz fibroid dengan mengimbangi semula hormon wanita. Selain daripada itu, vitamin ACE (carotomax,vita C & vita E) juga digalakkan untuk diambil kerana vitamin ACE ini akan menghalang radikal bebas & fibroid daripada berulang.



GLA Complex mmg wajib dalam set untuk kecutkan fibroid
Carotomax antara vitamin yang perlu selain daripada Vitamin E


Ramai yang dah cuba set fibroid ni dan mereka semua gembira bila fibroid mereka mengecut dengan bantuan Shaklee dan izin Allah.
Kita harus dan wajib berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah


Berminat dengan set Fibroid Shaklee?
Tinggalkan comment/ wassap Nisa 017-3745383
Penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia

Monday, April 7, 2014

Say Bye-bye to cermin mata---YEAYY! Caratomax in the house


Owh...heaven nya
Product kegemaran dan sukaramai dah keluar
This product is selling fast...Cuma RM74 sahaja
Sesapa yang bercita-cita mahu say bye-bye to their spek...sila la consume ini barang ye..
Baik punya

Banyak sangat dah testimoni ttg kebaikan Carotomax ni
Daripada tengok TV pakai cermin mata, sekarang dah tak payah pakai dah (rabun senikata)
Sangat best..Mahal tak mahal pun, dah barang baik..haruslah beli

XoXo,
Nisa Zainal 
017-3745383
Jgn segan, Jgn malu, wassap pun bole!

Tuesday, December 10, 2013

Vitamin Untuk Perokok Tegar


Anda perokok tegar??
Suami perokok??
Anak, adik & abang perokok??
Ayah dan datuk perokok??

Jika ada di kalangan kita yang memilih untuk menjadi seorang perokok tegar, semestinya kita sebagai seseorang yang di sisi mereka perlu melindungi diri sendiri dan diri mereka sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok.

Hati merupakan organ terbesar dalam badan manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan memproses segala tindakbalas yang berlaku.

 FUNGSI HATI
 Rembesan hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila kita perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E, F, K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A

Bertindak sebagai detoksifikasi
 Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, kita juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

 Mengawal paras gula dalam darah
 Dengan menukarkan tiroksina-hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada gula apbila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

 Penting dalam metabolisme lemak
Penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk meghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksidan) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Antara vitamin lain yang dicadangkan:

Coq10- menyokong penghasilan tenaga untuk jantung
VIVIX - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
Nutriferon - merangsang sistem imun
Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
Caratomax - Pemulihan membran mukosa, Perlindungan peparu
Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak & tisu

Sunday, September 1, 2013

CAROTOMAX - Shaklee



CAROTOMAX menyalurkan 5 daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia.. anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

CarotoMax menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•   Memelihara kesihatan yang baik.
•   Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
•   Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 


5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat:
1) Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotenaadalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
2) Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang sertakesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
3) Menguatkan sistem imun
4) Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
5) Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Khasiat Beta-Karoten:
1. Awet muda
2. Rabun malam
3. Gastrik
4. Masalah kulit
5. Lelah
6. Jeragat 


Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ CarotoMax ini?
CarotoMax (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-
  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.
Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

Siapa yang perlukan CarotoMax ? 
  • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
  • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
  • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas. 

Tahukah anda bahawa CAROTOMAX mengandungi karotenoid yang menyamai dengan :
** Beta Carotene : 102 biji pisang
** Lycopene : 714 biji aprikot
** Lutein dan Zeaxanthine : 285 biji limau merah
** Alpha Carotene : 89 biji raspberi

AMARAN!
Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.