Tuesday, December 3, 2019

TRIP TO HATYAI - LAST DAY

Hari ni last day di hatyai. Tiket ETS dari Padang Besar pukul 6 petang. Plannya hari ni nak bawa anak-anak balik dari Hatyai ke Padang Besar naik train Thailand yang klassik tu.
Macam biasa pagi2 bangun solat subuh dulu. Relax-relax di hotel sambil2 kemas bag sebab hujan lagi masa ni. Lepas hujan reda menapakla 5 beranak ke seberang hotel makan roti canai.

Sepanjang pagi hujan lebat. Kalau nak di ikutkan hotel ke stesen keretapi dekat je tak sampai pun 1km. tapi sebabkan hujan dan ada anak kecil, so we decided untuk ambil tuktuk jugak la ke stesen keretapi. Cepat kami gerak dari hotel sebab tak nak tiket habis. Pukul 11.30 dah ada dekat stesen terus beli tiket. Itu pun tiket dah nak habis. Mana tau dah nak habis? Sebab lepas je kami beli terus orang belakang tak dapat seat. Kalau tak de number seat means kena la berdiri ye sampai stesen Padang Besar.
Tiket dari Hatyai ke Padang Besar murah je. 50bath bersamaan lebih kurang dalam RM7.50 seorang. Nampak tak ada tulis car dgn seat no. Susah yang amat nak cari seat number ni dlm train. Tak sistematik langsung. Asyik la tersalah duduk tempat orang sampai bergaduh2. Yang tak de seat number pun sibuk nak duduk dekat seat kita. Oleh itu dinasihatkan supaya terus naik train bila train sampai.
 Tengoklah stesen keretapi dekat Thailand ni. Bole melintas macam tu je. Tak de safety langsung. Kalau dekat Malaysia, siap kena guna jejantas lagi kan. Kita pula yang siap nasihat anak jangan pijak dekat batu-batu tu. Bahaya.

Antara kiosk yang ada dalam stesen keretapi Hatyai. Ada kedai yang accept RM. Ada jugak kedai yang tak accept RM. Tandas kena bayar guna syiling Thailand ye. Tiada syiling Malaysia yang diterima bila nak masuk tandas dalam stesen keretapi ni. Harap maklum.

Anak bujang dua orang suruh mamanya tangkapkan gambar nak buat kenangan.
Tengoklah gelagat anak dara sorang ni. Boleh dia pegi tutup telinga bising katanya. Memang la bising sayang oi.. Ni keretapi klasik namanya. Tengok kipas dan tempat duduk pun dah tau klasik kan. Tingkap yang dekat seat kami ni tak bole buka. Tadi masa ambil gambar pinjam seat orang lain..Hehehehe. Tingkap2 ni boleh buka dan tutup masa keretapi sedang bergerak. Train ni memang gerak ontime ye. Kalau dalam tiket gerak pukul 12 mmg pukul 12 la geraknya.

Maka kami pun sampai Padang Besar pukul 12.55pm waktu Thailand bersamaan pukul 2ptg waktu Malaysia. Kami memang plan nak pergi shopping di Padang Besar. So sampai je di stesen Padang Besar, kami ambil teksi RM30 pergi dan balik sekali tumpang bonet letak bag baju. Ambil no phone uncle tu sebab lepas habis shopping kena call dia suruh jemput. Tiket ETS pergi KL akan gerak pukul 6.30. Maka pukul 5.30 dah kena ada dekat stesen keretapi. Selesai cop pasport sume lebih kurang pukul 3 ptg la. Lambat sebab ramai orang plus kastam tu cek pula bag kitaorg. Tak tau la apa benda dia nak tengok.


Sempat lagi ambil gambar dengan Ultraman. Masa ni semangat lagi, husband sampai-sampai je terus shopping baju jersey berhelai-helai. Sebab kami tak beli surveniour untuk family dekat hatyai, so kami beli je jersey untuk adik-adik dekat sini. Murah la berbanding Hatyai. Contoh kalo yang RM20 tu,  dekat Padang Besar memang RM20 lakan. Tapi bila di Thailand diaorg akan jual 200 bath bersamaan RM26 kalo tukar duit sini. Kalo diaorg letak harga 150 bath pun stil sini lagi murah 50 sen dari sana. Hehehehe..

lagipun dekat sana tak sempat nak menyopping pun asyik sight seeing je kan. Maklumlah pelancong..
Lepas shopping jersey, anak-anak pula shopping mainan. Anak dara shopping bantal Didi & Friends.Semua murah-murah la jugak.

No comments:

Post a Comment