Monday, July 13, 2020

Haziq Fayyadh - PART 3 - Allah permudahkan segalanya

Click here untuk baca PART 2

5 July 2020
Hari ke 3 lepas surgery..

Pagi-pagi babah dah call cakap doktor pakar Dr Raj datang review kes Haziq. Semuanya ok. Hari ni dah boleh cabut tube darah, dah bole remove dressing.

Alhamdulillah, strong boy mama tak nangis pun masa doktor tarik keluar tiub darah daripada kepala.
Gambar kepala Haziq selepas remove dresssing. Tengok pun dah ngeri. Ni gambar sebelum cabut tiub

Pada yang tanya apa fungsi tiub tu, fungsi tiub tu untuk keluarkan darah yang masih ada dalam kelapa selepas pembedahan,

Doktor pun decide untuk dischargekan haziq hari ni. Cukup 4 hari kami berkampung di hospital.

Mama pergi beli toys untuk Haziq dulu sebelum pergi hospital hari ni sebab tak sangka Haziq discharged hari ni. Sebabkan dia dah lama minta beli kereta control, so mama dengan abang Muqri pun beli lah kereta control untuk Haziq.

Muka excited dpt toys.
Gambar ni ambil masa tengah tunggu doktor and nurse siapkan dokumen untuk discharge. Sementara nak tunggu bole discharge, habis merata haziq main kereta control dalam wad 11C  ni.

Nurse bagi surat untuk buka jahitan pada 9 July 2020 dekat klinik kesihatan berdekatan dengan rumah, tapi mama tak sanggup nak pergi buka jahitan awal sangat, so new date nurse bagi 16 July which is 2 minggu lepas surgery. Ok kot kalau 2 minggu. Masa menulis post ni belum pergi buka jahitan lagi.  Nati dah buka jahitan mama update sini lagi ye.

Pengajaran buat semua. Beli la helmet untuk anak main basikal. Bukan je basikal, main roller blade pun kena pakai helmet ye. Untuk keselamatan anak-anak. Tapi semua ni Allah dah tulis sebagai takdir kita. Kadang-kadang benda yang kita tak sangka itulah yang Allah akan tujukan dan beri ujian pada kita. Sebagai hamba, kita harus terima dengan redha kerana Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita.

gambar haziq dan maktok sebaik je sampai dekat rumah. masa ni bengkak dah turun ke pipi

No comments:

Post a Comment