Showing posts with label mylife. Show all posts
Showing posts with label mylife. Show all posts

Sunday, October 22, 2017

Short Vacay KL-Langkawi-Padang Besar-Penang-KL

Bulan December kan cuti sekolah. So, decided pergi ke Langkawi.Punya la last minute sampai tak de satu bilik  hotel pun yang available. Tapi sebab kuatnya nak pergi holiday, we all pergi jugak redah.

Gerak dari KL dalam pukul 4 pagi (9/12/2016) so sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi. Sampai-sampai tiket feri plak tak de. Kalau ada pun paling awal pukul 2 petang. Makan berkampung la kami di dalam tempat menunggu tu. Anak-anak siap mandi dekat toilet dalam jeti. Mak bapak je yang tak mandi-mandi.


At last pukul 2 dapat jugak naik feri. Gelagat anak-anak dalam feri. Nayli 1st time naik feri. Haziq dan Muqri dan banyak kali rasanya campur feri pergi Pulau Pangkor lagi.


Habis seharian di langkawi kami balik naik feri ke Kuala Perlis dan pecut pergi Padang Besar pulak. Sampai Padang besar dalam pukul 4 petang 11/12/2016. tapi mood menyoping sume ke laut. Penat sangat, jadi kami semua pecut ke Penang pulak.

Kami decide untuk naik ferry ke Pulau Pinang sebab nati balik ke KL nak lalu jambatan pula. Tunggu punya tunggu, tadaaa....our ferry..hahahah..macam orang kaya plak bila cakap ferry kami




Sebab memang dah plan nak ke Penang, kami dah siap2 book Hotel Heritage 1982 untuk 1 malam. Overall hotel ni not recomended. dah la bilik sempit. tak de lif plak tu. Breakfast so-so and yang paling tak best pool dia kalao nak mandi kena pakai full suit swimming attire ok. Jangan mimpi nak pakai t-shirt and short pants terjun dalam kolam.

Bilik kecil pula tu, ada 2 single bed lepas tu kami tambah extra bed. lagi la sempit. Memang sangat2 tak best la hotel ni. Tapi ada member orang Penang cakap hotel ni best sangat. Tak tau la apa yang best sangat tu

Monday, September 11, 2017

UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Bulan Disember memang bulan untuk bercuti kan. We decided to go to Langkawi. Tapi entry ni khas untuk Underwater Langkawi. Ok jom layan gambar dulu.


Kami sampai awal pagi sebab pukul 12.00 tiket ferry balik Kuala Perlis. Jadinya memang rushing. Seawal pagi pukul 7.30 dah check out. Bawak segala beg dah hasil belian terus shot ke Underwater World.

Bila sampai belum buka la pula. Kami duk merayau-rayau dekat luar ni. Actually pergi dengan mak dan adik-adik. Tapi mak dan adik-adik tak nak masuk sebab last 2 years depa dah pernah mai dan dah masuk. Lagipun dah besar tak heran dah tengok ikan-ikan dekat dalam tu.


Actually Underwater World ni bersambung dengan Coco Valley tempat jual pinggan mangkuk dan coklat tu. Bag balik kampung pun banyak jual dekat sini.


Next section please. Tak ingat dah gambar ni section bahagian mana ntah. Abaikan tangan Haziq tu. Sejenis budak yang kalau tak pakai pampers atau seluar dalam memang tangan asyik duk dekat bebird takut bebird lari.


Teruja masuk sini. Tapi sebelum ni memang dah pernah masuk Aquaria yang situasi nya lebih kurang sama, so anak-anak memang nampak macam biasa je la.


Budak kenit Nayli memang first time la tengok fish ni selain tengok dekat aquarium di rumah orang. So dia je la yang excitednya walaupun kecil lagi.


Dekat sini jangan nak ngada-ngada ketuk dinding kaca tu ye. Ambil gambar guna flash pun tidak dibenarkan sama sekali.

Ni memang gambar biasa bila anak-anak tak nak tengok camera. Muka Nayli time ni memang kembang sangat. Badan pun kembang. Tak larat nak dukung. Nasib baik ada husband ku yang sado.







Lepas tengok-tengok ikan ni akan ada satu bilik yang menyambungkan ke tempat penguin pula. Dekat bilik tu ada kdai makan. So pada yang lapar boleh la makan dekat sini. Sebelah tempat makan tu nanti ada satu bilik untuk kanak-kanak mewarna secara online.




Dalam hati Nayli cakap kurang asem punya babah. Sanggup di bagi nya princess ni dekat shark.

Ha. Ni la bilik mewarna online tu. Kanak-kanak boleh mewarna dekat monitor. Ada beberapa monitor lepastu hasil anak-anak tu boleh tengok dekat screen besar. Sebab tu haziq tak pandang monitor tu masa mengaler. Dia duk pandang screen besar tu je.


Tempat penguin macam sama je dekat Zoo Negara. So tak de yang menarik pun. Tangkap gambar je la. Sebelum keluar kita tangkap gambar dekat kutub Utara dulu ye..Sama seekor penguin.


Sunday, September 10, 2017

Riadah Malam Di Tasik Titiwangsa

Oleh sebab ramai yang balik kampung tapi kami cuma balik kampung sehari je. Itu pun cuma pada hari raya. Maka bermula lah episod fikir  nak pergi mana bawa anak-anak jalan.

Fikir punya fikir, dapat lah idea nak ke Taman Tasik Titiwangsa selepas solat Isyak. Itu pun decide lepas encik suami balik dari surau pukul 9.30. Tak dan nak fikir pakai baju apa jadi masing-masing pakai je baju yang nak di bawa tidur tu.


Sampai-sampai je gelap sebab menurut orang-orang yang meniaga dekat situ, semalam hujan ribut. Petir dah sambar spotlight. So malam ni bergelap la ye.

Budak tiga ketul ni memang teruja nak naik basikal. Oleh sebab ada Nayli, kita pilih beca je la ye anak-anak. Biar mama and babah je yang exercise kayuh basikal ni.

Nampak tak beca pun ada nombor plat. "AMAR 3" menas beca ni kepunyaan Amar. Recomended. Siapa datang Titiwangsa please mention dapat tau sewa basikal atau beca Amar daripada blog Nissa Zainal ye. Nati ada sikit diskaun. Heheheheh... Boleh tak Amar bagi diskaun?




Actually beca ni ada 2 basikal yang stereng warna biru besar tu kan. Ada satu je brek kaki. Sorang kena kontrol brake. Macam Nisa, asben yang kayuh basikal nak kontrol brake. Nisa cuma kayuh sikit-sikit je bila husband dah penat.


Yang Nisa naik tu muat hingga 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Jadi kalau family anda ramai boleh sewa beca yang besar sikit boleh muat hingga 5 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Bagi yang suka menikmati suasana petang-petang boleh la datang ke Tasik Titiwangsa ni petang. Tapi bagi yang suka cuaca sejuk sepoi-sepoi bahasa dan suka tengok lampu-lampu boleh datang waktu malam. Risiko nya malam ni tak boleh berbeca lama-lama sebab jalan pun tak tau nak pergi mana. jadi jimat la duit anda sewa setengah jam je. Hehehehe


Cantikkan beca tu? Ada atap sekali, kalau setakat hujan renyai-renyai still boleh mengayuh tak de hal punya.



RESIPI DUMPLING MUDAH

Dah 2 kali buat dumpling dan mendapat pujian baru berani nak share dalam blog.
Tapi ni resipi cara Nisa la. Sebab mengikut tekak Nisa dan suami.

Actually buat dumpling ni mudah je yang remehnya sebab kena kukus tu. Sebabkan kulit nya yang lembut kadang2 lepas kukus kena tunggu dia sejuk baru boleh angkat. Kalau angkat time panas-panas kebarangkalian untuk kulit dia koyak sangta tinggi.

Lepas kukus kalau nak frozen kan masuk dalam peti. Kalau nak goreng pastikan minyak yang banyak dan betul-betul panas.

Dua minggu lepas melawat pakcik yang kurang sihat di Hulu langat. Anak dia pula jamu kami makan dumpling. Tu yang rasa macam nak buat. So ni lah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan
- Kulit dumpling.(Beli je dekat Giant senang. Brang Kawan ni harga dia dalam RM2.90)
- Isi udang di cincang (Kalau tak nak guna udang boleh ganti dengan daging or sayur-sayur untuk yang vegetarian).
- Isi ayam di cincang.
- Carrot dicincang.
- Bawang putih di cincang.
- Bawah besar di cincang.
- Garam.
- Sos Tiram.


Cara buat inti dumpling
1) Tumis bawang putih dan bawang besar.
2) Dah naik bau masukkan lobak.
3) Masukkan ayam dan kemudia udang. Tak perlu masak sangat sebab nati nak kukus lagi.
4) Masukkan garam dan sos tiram secukup rasa.

Dah siap semua sediakan air sebab nak lekatkan kulit dumpling tu kena letak air baru dia melekat. Boleh buat pelbagai bentuk. Bunjut boleh. Macam karipap boleh. Nisa buat macam karipap sebab malas nak fikir.


Tara.....Dah siap. Walaupun rupa tak menarik, tetapi bila cicah sambal kicap or sos thai memamh walaweiiiii...Sedap.......

Selamat mencuba.
Nisa suka yang kukus je kot.
Sebab bila goreng banyak minyak.

Sunday, August 27, 2017

Mandi Dan Bermain Di Taman Pudu Ulu

Semalam keboringan yang amat sangat plus gaji belum masuk jadi kami pun decide nak pegi bawak anak pergi taman. Sebab kalau pergi shopping mall mesti kena pau dengan budak-budak 3 ketul tu.

Kalau pergi taman paling tak pun kena pau asikrim je. Tapi kami suami isteri ni memang suka la pergi taman sebab dapat berjalan-jalan sambil buang lemak yang tersorka dekat perut ni.

Sebelum pergi taman siap-siap bawak baju mandi anak sebab pernah terbaca Taman Pudu Ulu ada kolam mandi untuk budak-budak. So bawak je la baju mandi n towel sebab kalau kolam tutup pun tak pe kan..Standby, sediakan payung sebelum hujan.

Samapi-sampai je pukul 5.30. Tu dia ramai nya manusia sampai tak de parking. Lastly dapat jugak parking, itu pun kena tunggu pakcik tu dismantle basikal anak dia nak masuk dalam kereta.





Jom ambil gambar dengan baju mandi dulu sebelum basah


Semua boleh mandi dalam kolam ni sebab nampak mak bapak budak pun masuk dan mandi. Modal dia nak jaga anak takut anak lemas ke, jatuh ke..Hahahah..Nampak tak modal mak bapak?

Waktu opersi kolam:

Selasa, Rabu, Jumaat : 4.00 ptg - 7.00 mlm
Isnin dan Khamis : Tutup untuk cuci kolam termasuk cuti umum
Sabtu dan Ahad : 9.00 pg - 12.00 tgh hari, 4.00 ptg - 7.00 mlm

Dekat kolam ni tak boleh bawak makanan ye. Itu untuk menjaga kebersihan kolam. kalau nak bawa makanan boleh je piknik dekat taman.


Yang ada anak, mak bapak boleh pantau dan masuk dalam kolam sekali. Kolam ni ada orang yang akan monitor dan bunyikan wisel  kalau ada apa-apa yang melanggari rules kolam . Contoh macam budak nak terjun dr tepi kolam ke dalam kolam, memang kena tiup wisel la kan.

Condition air, ok. Boleh dikatakan bersih walaupun ramai anak-anak yang mandi. Ada air pancuran untuk bersihkan diri selepas mandi. Ada jugak bilik persalinan, tapi yang ni tak pasti kena bayar ke tak sebab Nisa cuma salin baju anak-anak dekat tepi kolam je.

Baju Nisa? Memang basah tapi tak pe, lepas ni bawak anak pergi main dekat taman pula. Tunggu baju Nisa kering baru gerak balik rumah.


Dekat playground pun ramai orang. Boleh bawa basikal, kasut roda, stroller dan yang sewaktu dengannya. Dekat taman ni ada alatan untuk bersukan macam dekat gym tu tapi yang jenis outdoor punya.


Nampak tak Haziq tu, basah kuyup. Sebabnya orang suruh basuh selipar dekat shower dia pergi mandi pula. Sudahnya dia pun basah sama dengan mama.

Ada orang jual buble. Yang nayli dan Haziq main ni RM5 lepastu tambahan stick tu RM2.50. Total RM7.50 ada 2 stik dan 1 besen kecik air sabun.


My princess main sabun je.. yang 2 prince dan lari makan aiskrim. Muqri memang awal-awal anti lens. So gambar dia memang ada 2 ketul je masa pergi tama ni.

Pukul 6.45 gerak balik. Anak-anak request nak pergi lagi taman kolam ni. Suka katanya. Best sangat.

Mama dan babah pun suka jugak sebab free. Standby duit buble and aiskrim je la

DIY RAK HOT WHEEL

Setelah 2 minggu bercadang nak buat rak hotwheel DIY untuk anak maka hari ni jadilah rak hotwheel nya yang dibuat penuh dengan kasih sayang oleh mama dan baha.. cewahhh

Hot Wheel nya tak sempat susun semua. Anak-anak asyik duk ambil nak main


Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk dapatkan DIY Rak Hotwheel macam gambar atas ni

Benda penting yang diperlukan ialah 2 level shoe rack. Beli yang kayu punya senang cuma nanti tampal dgn hot glue je untuk bagi dia lebar. Kalau yang 2 level ni memang ngam2 untuk hot wheel yang size normal yang comel. Kalau letak hotwheel yang besar tu dia akan terkeluar sikit dr rak tu. Kalau korang nak lebar beli la yang 3 level punya rak. Tapi harga berbeza ye.


Yang ni Nisa beli dekat Tesco. Masa tu promotion so dapat RM20. Harga sebenar tak pasti pula. Hari tu pergi tengok dekat Mr DIY harga dia RM29.90. So kalau nak jimat boleh tunggu promotion dari Tesco, Mr DIY, Giant dan yang sewaktu denganya.

Barang kedua yang diperlukan ialah hot glue. Selalunya hot glue ni kalau pembuat hantaran perkahwinan sure ada. Kalau suka buat pelamin pun mesti ada. Boleh la beli 1 simpan kot-kot nak guna nati kan.


Harga hot glue ni varies. Ada yang RM8.90, RM12.90, RM23.90. Depends dekat memasing nak beli yang mahal or murah. Selalunya kalu beli dia asing dengan gamnya. So kena beli gam (glue stick) dia skali la. Yang dalam gambar ni Nisa pinjam member punya sebab Nisa punya warna biru tertinggal dekat kampung masa buatkan hantaran cousin kahwin bulan March haritu.Pinjam kawan punya sehari je tau.

Hep!!! tak leh pinjam lelama barang orang nati menyusahkan tuan punya harta.

Barang ketiga yang diperlukan ialah cat spray.


Nisa beli yang warna putih sebab nampak macam comel je bila kayu shoe rack tu di cat warna putih kan. Cat Spray ni cost me RM6.50 beli dekat hardware area rumah. Hari tu ada tengok dekat Mr DIY dalam RM8.90 rasanya. Nasib baik tak beli. Dah jimat poket RM2.40. tapi cat spray ni not recomended. Lebih baik beli cat tin yang kecik untuk kayu dan brush. Lagi praktikal dan cantik kemasan rak tu nanti.

Tapi kalau uols tak nak cat kayu tu pun boleh. Sebab kayu rak kasut tu memang dah sedia nampak cantik je. Lepas ni kalau buat memang rasa tak nak cat la. Nak warna kayu tu semulajadi lagi cantik.


Hook L shape ni untuk lekatkan dekat rak then nati boleh la drill dinding sangkut dekat dinding. Ingat nak cari tempat sangkut macam belakang frame then nati senang boleh letak paku dekat dinding and sangkut je rak tu tapi tak jumpa pula. So ni je la choice yang ada sebab mama tak sabar nak sangkut dah rak ni.


Tadaaa...Dah siap...
Snap gambar ni sebelum digantung ke dinding.

Senang je buatnya. Cost Nisa buat rak ni RM31.00 tak termasuk hot glue la sebab hot glue pinjam member punya. Yang guna duit ialah

Rak kasut 2 level - RM20.00
Cat Spray - RM6.50
Hook L shape - RM1.80
Glue stick RM2.70

Senang kan? Kalau nak jimat tak payah cat. Ada ke yang nak tempah rak Hotwheel ni dari Nissa?


Thursday, August 24, 2017

RAGAM MENGANDUNG ANAK KE 3


Lepas raya je ngandung....lepas raya je ngandung...hahahahaha
Waktu subur I mungkin pada Bulan Ramadhan

Actually masa bulan puasa dah buat pregnancy test sbb nak buat rawatan gigi. Result negative, Alhamdulillah so boleh buat root canal dgn senang hati.

Tapi lepas raya terus badan rasa mcm tak best. Sekali cek, ha ambil...2 lines uollss. Ahkak rasa cam tak caya pulak..yela rasanya baru lebih kurang 15 hari lepas cek negatif..tetiba lps raya cek positif lak

Apa-apa pun...Alhamdulillah...nak masuk ke 3 dah anak..

Ajaibnya lepas dapat tau je pregnant terus loya2 melanda. Pelik sungguh. Kalau tak tau mengandung steady je. Tu namanya mengada..hehehe

Tak macam pregnant 2 bujang yang dulu, pregnant kali ni memang loya sungguh2 sampai termuntah2

Dalam loya2 pun sempat jugak menjahit barut dan nursing pillow. Ingat nati lepas bersalin nak try jual la plak

Ni bahagian depan bantal

Ni bahagian belakang bantal

Amacam?Rasa-rasa laku tak kalau nak jual?


Assalamualaikum anak dara mama. Apa awak buat tu? tengah mimpikan mama dengan babah ke?
Abang-abang pun ada ni

Oh lupa plak nak bagitau yang Nisa amalkan set hamil dari Shaklee. Memang superb
Kalau nak tau, Vitalea tu la paling best sebab dia akan jaga bacaan hb kita. Bahaya ibu hamil kalau hb rendah sebab boleh berlaku pendarahan masa bersalin nati yang boleh membawa maut.



Lepas bersalin je terus ambil set menyusu lengkap. Paling best skali ostematrix tu la. badan terus rasa segar bugar lenguh-lenguh masa push pun hilang. Actually set ni semua dah amalkan masa mengandung lagi kecuali alfalfa tu tambahan nya





Dah besar panjang anak baru nak update entry. Dah setahun lebih dah princess ni. tapi memang penangan mengandung girl memang lain macam. Siang malam pagi petang morning sickness

Ni dia gambar anak dara. Birthday Bulan Mac yang lepas


Tuesday, August 22, 2017

Pameran Transformers Dan Dinasour Di Nilai 3 - Part 2

Sekaranga nak cerita masuk tempat berbayar pulak. Harga tak de la mahal mana. Setiap bayaran akan dapat tag gealng. Kena pakai dekat anak sebab kalo tak de gelang tu tak boleh main permainan di dalam.


Harga bayaran RM7 untuk setengah jam. Dia akan set time untuk kita. Deposit RM3 tu tak payah bayar pun.

Anak-anak kejar yang ni lah..Suka sangat main pasir. main sampai tak pandai orang lain. bayar untuk 2 orang ni je. Nayli tak bayar pun sebab kecik lagi dan tak main pun. Parents boleh masuk je tak payah bayar. Monitor anak-anak, even x de anak yang bayar pun boleh je masuk dalam ni sebab still ada patung-patung transformers untuk tangkap gambar.


Tangkap gambar lagi dengan transformers

Bumble Bee

Last sekali sebelum balik tangkap gambar dengan Bumble bee.. Banyak lagi permainan dalam ni tapi semua tak tangkap gambar sebab Nayli dah mula crancky. So kita balik je la

Pameran Transformers Dan Dinasour Di Nilai 3 - Dec 2016

Cerita dah basi tapi baru nak upload. Kekangan masa sangat-sangat bila dah ada anak tiga dan ada pula bisness lain yang nak diberi perhatian lebih. Tak masuk kerja pejabat lagi.

Log story short, my husband and I decide nak pergi Nilai 3, plan nya nak beli bidai untuk di letak di taska. Memang beli pun. Bila nak balik singgah la solat tiba-tiba ternampak pulak ada kepala dinasour yang tinggi ni. So kami decide untuk pergi tengok lepas solat Asar.

Ni lah binatang yang kami nampak dari jauh tu

Sampai-sampai lampu semua belum buka lagi. Tempat-tempat jalan pun belum buka sebab tempat ni buka pukul 7 malam. So kami decide untuk datang semula lepas solat maghrib.

Lepas je solat kami serbu balik tempat ni. 1st thing yang kami nampak mestilah lampu-lampu tepi jalan ni



Cantikkan lampu-lampu ni. Masa kami pergi ni dekat-dekat dengan Krismas. So tema lampu ni memang tema Krismas la kan.

Santa Clause pun ada ni ha


Orang salji pun ada dkt Nilai 3 ni..Hahahaha
 dah penat tangkap gambar dekat lampu-lampu ni.Kami pun masuk sikit kedalam. jadi kami pun jumpala Optimus Prime ni. mak aiiii...Besarnya..macam mana la diaorg buat benda alah ni kan



Masuk dalam lagi ada gerai-gerai jual makanan then jual barang-barang macam baju, pin tudung, tudung dan banyak lagi la. Tapi shopping dekat sini tak best. Kena pegi masuk kedai satu-satu dekat Nilai 3 tu.

Actually pameran ni ada 2 bahagian. Yang luar-luar ni penuh dengan lampu dan dinasour. Yang ni memang free.Tengok dan tangkap la gambar puas-puas. Jangan sampai ada yang tak puas hati dekat kau sebab asyik kau je yang bergambar dengan dinasour sudah.

Bahagian kedua bahagian yang berbayar untuk budak-budak main dalam tu. Bayar masa nak masuk lepas tu main la sampai lebam.

Jom layan gambar dinasour pulak

Nayli asyik la tengok dinasour tiap kali tangkap gambar

Eh eh..Ada telur dinasour la. Sekali pecah ada 3 anak dinasour dalam tu. Kembar tak sama tahun rupanya


Giant Spider pun ada. Nayli macam biasa lagi suka tengok spider dari camera

King Kong...haziq dah peluk kuat-kuat masa ni.Nayli mmg x pernah camera ready

Sotong Kurita. Hai la Nayli. Kenapa lah dengan awak ni





 Sorry la post kali ni memang banyak sangat gambar. Terpaksa pula korang tengok sampai muntah. Oleh kerana nak delete photos dalam hp terpaksa la buat entry dan transfer gambar banyak-banyak dalm blog.


Clown gediks

Ni orang galah tapi nak tunggu dia pusing punya la lama so kita tangkap gambar belakang je la ye

Ada buaian jugak kot la anak-anak nak duduk main buaian

Habis dah part yang free-free. Next entry kita cerita pasal part yang berbayar untuk anak-anak pula. Ni semua gambar time malam.

Kalau nak tengok versi gambar di siang hari boleh lawat blog mama jue KLIK SINI