Thursday, November 6, 2014

Hari ni ke Klinik Kesihatan Putrajaya Precint 9 pulak
Sampai klinik pukul 8.30 so dapat la no giliran untuk pendaftaran..Sementara tunggu dipanggil, tertangkaplah gambar bawah ni

Ni harga rawatan gigi di Klinik Kerajaan


Tetiba nombor ku dipanggil....Selepas selesai bagi ic bagai, budak gegirl yang duk dkt kaunter tu bagi 1 kad. Kad dia macam bawah ni
Nampak tu I dapat no 4249. Lama gila tunggu no ni sampai

kad ni canggih tau..Lepas dapat kad, adik tu suruh kita scan dulu..Ala scan dekat machine yg macam kita beli barang dekat Tesco kan, masa nak bayar cashier tu scan barcode barang2.Ha, macam tu la...
Lepas dan scan, sistem dah capture no giliran kita tu..Aku pun tunggu la giliran.

Nak jadi cerita, masa menunggu ni punyalah ramai, sekali aku perasan ada sorang mamat ni duk usha2 aku...Aku pindah tempat sebab tak selesa bila ada orang duk usha. Sekali aku pindah dia pegi ikut pulak..siap duduk sebelah aku

Mula2 dia tanya no giliran aku, pastu tetiba cakap lambat lagi..Jom minum..Apa ke hal..Aku aku tengah sakit hokay!!!
Aku mula la nak menyinga..Aku pindah duduk dalam pulak..5 minit lps tu terus no aku kena panggil....Wah..cepatnya.....

Bermula la alkisah doktor cek mengecek...Aku cakap nak buat RCT..Doktor cakap lama sebab waiting list ramai..Lepas dia cek2 aku cakap sakit tak boleh makan belah gigi yang sakit tu. DOktor kata duk luar dulu..Nati dia panggil bg appoinment date.

Aku pun duk luar..Alhamdulillah...Dapat date untuk cuci gigi 20.11.2014...Tapi aku tak pasti adakah date tu hanya untuk cuci atau boleh terus buat RCT. Tapi at least aku dah dapat date yang paling hampir untuk di cek semula keadaan gigi aku ni kan...

No comments:

Post a Comment