Apa itu MLM?
MLM singkatan bagi Multi Level Marketing
Tidak semua MLM tidak bagus. MLM adalah satu perniagaan yang bagus cuma cara upline mendidik atau mengejar keuntungan menggunakan downline itu yang perlu di ambil kira kerana cara yang salah membuatkan MLM itu menjadi tidak bagus
Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menyertai sesuatu MLM
- Kenali bidang yang diceburi oleh syarikat selain MLM. Sesetengah syarikat menjalankan aktiviti lain seperti telekomunikasi dan pelaburan hartanah selain daripada MLM.
- Tempoh masa syarikat ini melibatkan diri dengan MLM. Syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai pengaruh yang besar dan kukuh.
- Melihat aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh syarikat. Syarikat MLM yang kukuh dan aktif mempunyai perancangan yang teliti kepada para pengedar.
- Melihat produk yang ditawarkan. Sesetengah syarikat menawarkan produk kecantikan, produk kesihatan, produk berasaskan herba ataupun barang kemas.Tugas kita adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan dan kehebatan produk itu.
- Mempraktikkan amalan jualan langsung yang sah. Sesetengah syarikat berlindung disebalik lesen jualan langsung tetapi mengamalkan sistem yang salah.
- Memahami istilah yang digunakan. Pelajari istilah di dalam syarikat supaya kita tidak terperangkap dengan helah dan taktik yang digunakan syarikat.
- Memiliki lesen jualan langsung yang sah.
- Sebaik2nya berdaftar dengan DSAM ( Direct Selling Association of Malaysia). Boleh lihat dan cek di sini
Ini antara info yang dapat saya kongsikan hasil pembacaan dari buku "Buat Duit Dengan MLM " hasil tulisan Norziati Mohd Rosman
Semoga menjadi panduan kepada anda untuk memilih syarikat MLM yang ingin diceburi
No comments:
Post a Comment