Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, November 1, 2014

Join MLM boleh kaya?

Cara singkat untuk mejana pendapatan hebat adalah dengan menyertai MLM.

Apa itu MLM?
MLM singkatan bagi Multi Level Marketing
Tidak semua MLM tidak bagus. MLM adalah satu perniagaan yang bagus cuma cara upline mendidik atau mengejar keuntungan menggunakan downline itu yang perlu di ambil kira kerana cara yang salah membuatkan MLM itu menjadi tidak bagus

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menyertai sesuatu MLM


  1. Kenali bidang yang diceburi oleh syarikat selain MLM. Sesetengah syarikat menjalankan aktiviti lain seperti telekomunikasi dan pelaburan hartanah selain daripada MLM.
  2. Tempoh masa syarikat ini melibatkan diri dengan MLM. Syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai pengaruh yang besar dan kukuh.
  3. Melihat aktiviti yang dirancang dan  dijalankan oleh syarikat. Syarikat MLM yang kukuh dan aktif mempunyai perancangan yang teliti kepada para pengedar.
  4. Melihat produk yang ditawarkan. Sesetengah syarikat menawarkan produk kecantikan, produk kesihatan, produk berasaskan herba ataupun barang kemas.Tugas kita adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan dan kehebatan produk itu.
  5. Mempraktikkan amalan jualan langsung yang sah. Sesetengah syarikat berlindung disebalik lesen jualan langsung tetapi mengamalkan sistem yang salah.
  6. Memahami istilah yang digunakan. Pelajari istilah di dalam syarikat supaya kita tidak terperangkap dengan helah dan taktik yang digunakan syarikat.
  7. Memiliki lesen jualan langsung yang sah.
  8. Sebaik2nya berdaftar dengan DSAM ( Direct Selling Association of Malaysia). Boleh lihat dan cek di sini

Ini antara info yang dapat saya kongsikan hasil pembacaan dari buku "Buat Duit Dengan MLM " hasil tulisan Norziati Mohd Rosman

Semoga menjadi panduan kepada anda untuk memilih syarikat MLM yang ingin diceburi

Sunday, July 6, 2014

MATI ITU PASTI

Minggu lepas kita dikejutkan dengan 2 kematian bagi kalangan selebriti.
Salam takziah kepada keluarga Dato' Sharifah Aini dan Linda Rafar.
Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kembali. Beruntunglah keduanya kerana meninggalkan alam fana ini dibulan yang paling mulia sepanjang tahun.
 
Hari Jumaat tanggal 4 July 2014, Biduanita Dato Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah.
Sesungguhnya beliau amat bertuah kerana telah meninggal dunia sepertimana yang dikehendaki dan jenazahnya di imamkan ole anaknya sendiri iaitu Alif.
 


Petang Sabtu pula kita dikejutkan dengan berita kematian adik Memen iaitu anak kepada pelakon Linda Rafar kerana kanser perut yang dihidapinya.
Bertuahnya Linda kerana telah melahirkan ahli syurga.
Adik Memen berusia 12 tahun pada tahun ini merupakan anak kedua Linda bersama suami terdahulu.


Sesungguhnya mati itu punctual. Tiada lambat dan tiada lewat walau sedetik.
Dunia tempat kita mengumpul bekalan untuk akhirat dan sesungguhnya 3 amalan yang akan dibawa hingga ke akhirat ialah :
  1. Doa anak yang Soleh
  2. Sedekah jariah
  3. Ilmu yang diajar dan digunakan

Wednesday, July 2, 2014

Kisah Batu Karang Dalam Hempedu - PART 1

Bismillah
Dulu 3 bulan lepas kahwin, Nisa dengan tiba-tiba telah diserang satu penyakit yang sangat ganjil, perut rasa sebu, seluruh badan sakit, rasa nak muntah, pening dan sakit perut yang amat sangat plus sesak nafas.

Penyakit ni memang sangatlah ganjil bagi Nisa, ingatkan pregnant..tapi bila buat urine test tak de plak 2 lines. Penyakit ni datang on off terutamanya tengah malam.

 Boleh pulak tersedar pukul 2 pagi sebab tetiba rasa sesak nafas, sakit bawah dada belah kanan dan perut megeras. Sakit sangat....tak tahu nak cakap macam mana.Kiranya dulu-dulu memang sebulan 2 3 kali akan ke klinik time pagi2 buta pukul 3 - 5 pagi..Jumpa doktor kena cucuk pain killer baru lega..Esoknya MC. Hahahahah..Part MC ni la yang paling best skali. Tapi sekarang nak MC pun kena buat2 sakit..hahahahah

Kemuncak kesakitan selepas bersalinkan Muqri Rayyan. Lepas pantang baru masuk keje 2 minggu dah hentam makan pedas2 sume. Ingat lagi malam tu makan ayam goreng sambal. Pedas yang amat. maka bermula la episod guling2 atas lantai dan sofa start pukul 9.30 malam. How I wish I dah kenal Shaklee time ni. Sedihnya bila kenang balik.....wawawa...nangis sbb peristiwa ni yang buat Nisa tak ekslusif breastfeed Muqri. Sedih sbb kena tinggalkan anak sementara Nisa warded selama 5 hari di Ampang Puteri. Huwawawa.....



Sambung nati la sbb nak nangis sbb sedih sangat...Walaupun buah hati mama ni dah 3 tahun, tapi mama masih sedih dan ingat kisah dulu. Kisah mama terpaksa mermet masa dlm wad then buang je susu tu dalam toilet sbb mama on antibiotik and a few other ubat yang mmg tak bole nak breastfeed abang

Sorry abang.....sob sob sob


Monday, June 30, 2014

Fadhilat Solat Terawih

Google tentang solat terawih dan terjumpa Ahdis Palsu tetang fadilat solat terawih


Apa komen kawan?
JOm kita kongsi pendapat dan ilmu masing2. saya serius tak tahu

Wednesday, June 18, 2014

KISAH COKLAT DARI JEJU ISLAND

Beruntunglah jadi bos..
Pegi meeting pun tempat best2
Meeting dekat Korea..siap bole pegi Jeju Island lagi
Nasibla ingat dekat kami2 si ikan bilis di opis. Sekotak coklat dari Jeju Island

 Coklat perasa oren..nyum..nyum
Tq bos

 Ada gambar2 dekat coklat..comel..siap tulis "ONLY JEJU"
Sayang nak mamam


Lepas mamam cokelat dari Korea, kita minum Cinch Mix Tea
Minuman yang sangat bagus..Bancuh sejuk2. Antara manfaat CINCH ENERGY MIX TEA:

* sebagai penggalak TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 
1) TAURINA
2)MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun
3)RED TEA EXTRACT
4)WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
5)ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai 
THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)

Tahukah kawan-kawan perbezaan Teh ini dengan teh-teh lain yang anda minum?
sebab banyaknya ekstrak dalam ia..

Mari Anne cerita fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x
2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat
5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
 
Sapa nak coklat dari Jeju Island boleh contact boss I ye 03-8026xxxx
Sapa nak beli Cinch Energy Mix Tea je bole contact I 017-3745383

Monday, May 5, 2014

Lirik lagu Laskar pelangi

Jom hayati bait2 lirik lagu laskar pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya




laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Berusahalah untuk memperbaiki kehidupan kita, walaupun bukan untuk kita, baiki lah kehidupan kita untuk ibubapa kita...untuk anak2 kita...Jangan selalu berfikir bahawa apa yang kita miliki pada hari ini menjamin kesenangan pada generasi akan datang

Mati Itu Pasti



Ingatlah bahawa mati itu pasti
Selagi ada hayat kita, jangan buat perkara sia2 (peringatan untuk diri sendiri)

Sesungguhnya ingatlah bahawa Allah pinjamkan semuanya di dunia ini buat kit ahanya untuk sementara, jadi gunakanlah sebaik2nya masa yang ada untuk berbuat baik.

Jangan lupa solat 5 waktu
Jangan lupa sedekah
Jangan lupa zakat
Jangan lupa zikir
Jangan lupa tuntut ilmu
Jangan lupa...jangan lupa..jangan lupa....
banyak kalo nak tulis satu2

Tuesday, January 7, 2014

BAHAYA GULA - KITA APA YANG KITA MAKAN!

BAHAYA GULA

Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!
Bila harga gula dah naik..jom kita kurangkan pengambilan gula bermula saat ini

Sedikit persoalan tentang gula.

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4... Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17.. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18. 18, Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38.. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43.. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56.. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60.. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64.. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67.. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;



Glukosa

Fruktosa

Laktosa

Maltosa

Sukrosa

Sirap Glukosa

Sirap maple

Molases

Sirap hitam

Sirap kencana

Dektrosa

Sorbitol



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15..8 sudu teh

7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.



Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.



Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!


"Kita adalah apa yang kita makan".