Wednesday, March 18, 2015

Check up Gigi di Oral Health Care IMU Bukit Jalil

Entry ni dah lama dah...Dari tahun lepas bulan October 2014. Masa pegi cek di klinik gigi tu memang gigi geraham tengah nyut nyut....

Masa jumpa ni dentist yang incharge is Dr Lim Mei-Yan....Memang sangat lemah lembut.. Tak banyak cakap. Gigi yang tengah sakit pun dia sembur apa ntah tetiba tak sakit dah... Memang best la bila jumpa doktor ni. Cuma doktor ni tak nak cakap melayu..dia duk speaking je

Lepas dah cek gigi yang berdenyut tu doktor ni pun advise kena buat root canal then buat crown. Harga yang IMU ni tawarkan untuk root canal gigi geraham ialah RM900 sebatang then Crown pulak RM700 sebatang. Mak aihhhh... Terbeliak mata ahkak dengar. So cek up hari tu cuma kena RM30 sahaja.

Lepas dah 6 bulan, gigi tu sakit balik...adoiiii...Ni baru nak terhegeh2 buat appoinment dgn IMU balik. Bukan tak nak pegi klinik kerajaan, sebabnya dah pegi dan dah masuk waiting list dari bulan November tahun 2014 tapi sampai la ni tak dapat panggilan phone pun dari klinik gigi Precint 9 Putrajaya tu

No comments:

Post a Comment