Saturday, September 19, 2015

Jalan-jalan Di Farm In The City

Actually Nisa dengan family tak plan pun nak pergi Farm In The City. Tapi sejak kebelakangan ni Muqri asyik la sakit gigi. Sebabkan dia dah trauma ke klinik kerajaan so kami bawa Muqri pergi klinik bayar pula. Kami decide untuk bawa ke Klinik Gigi Dr Izzi yang bertempat di bangunan MPAJ.

Actually kami tau pasal klinik ni sebab dia ada tampal banner tentang check gigi percuma dekat pagar surau depan rumah kami. jadi kami pun pergi je la dekat klinik ni. Doktor memang bagus. buat pun perlahan je. Sebelum buat rawatan dan dapat gift. Tu yang Muqri suka tu. tengoklah dia duk pegang set berus gigi siap ubat gigi yang doktor bagi tu.

Recomended klinik ni. Tapi macam biasa la. Charge untuk rawatan gigi mahal. So, sayangi gigi anda.



Me and my husband decide nak gembira kan hati dua ketul budak ni. So we decided to go  to Farm in The City.

Sebelum pergi plan dengan cousin dulu. Biasalah Intan. So kami plan nak jumpa je dekat entrance sana. Bila kami sampai je Intan and anak-anak dah sampai. macam biasa husband Intan bz mengalahkan PM so tak dapat nak join.


 Ni rate masuk Farm in The City. Kami cuma bayar 3 dewasa dan 1 kanak-kanak je. Yang lain sume free.Nak masuk sini boleh bawa makanan. tak de pun orang duk cek bag semua. So kami bawak nasi ayam dan makan dekat meja sebelum tour dalam Farm in the City  ni. Tapi dekat dalam ni ada je kedai makan tapi bila dah tengah-tengah perjalanan la. Mula-mula masuk tak de kedai pun. Binatang je ada.

Lepas makan nasi ayam kami pun teruskan perjalanan. First thing yang bebudak ni jumpa ialah giant turtoise. Memang sangat besar


Besar kan kura-kura tu? Boleh ambil makanan yang disediakan dekat tepi kura-kura tu and bagi kura-kura tu makan. tak de orang nak marah pun. Sukahati kita je nak buat apa dekat kura-kura tu.




Budak-budak memang semangat dan suka dekat sini sebab semua haiwan boleh dipegang. Ni tengah pegang pelanduk.



Tengok bukan budak-budak je yang suka tempat ni. Bapak budak pun suka. Duduk dekat kolam ikan ni je dah dekat sejam. Makanan ikan tu free je ye. So boleh ambil berapa banyak kali untuk bagi ikan-ikan tu makan. Patut la ikannya gebu-gebu. Banyak pula tu. Sebab setiap orang yang datang semua tabur makanan. Sebab FREE..Hehehehe

Sebelum masuk tempat burung, posing dulu




Kita pergi tempat burung pulak. Dalam ni banyak je burung. Ada yang jinak boleh pegang, nak pegang free je. tapi macam biasa ada photographer yang menunggu untuk tangkap gambar dan jual pada kita sebagai kenangan. Kitaorang tak beli pun gambar dekat photographer tu .


Gambar dekat taman burung ni paling banyak tapi semua dah terdelete. Sayangnya. Tinggal gambar atas ni je satu.
Takpela...kita jalan-jalan lagi jumpa pula rabbit. Apalagi bagi rabbit makan kangkung la anak-anak ribena ni.


 Jalan- jalan lagi budak bertiga ni pergi posing plak lepas tu panggil kita duk snap gambar depa

Comel je beratur. Pandaila pulak tu yang girl duk tengah
Lepas je posing masing-masing belarian ke reban anak-anak ayam. Haziq takut nak pegang anak ayam. Muqri je takut-takut berani


Jalan menuju keluar akan jumpa kandang kuda padi dulu. Budak-budak dah start meragam sebab dah pnat. Bila sampai kandang kuda masing-masing duk panjat pagar tu dudk atas pagar pula.





Masa nak balik macam biasa lah kena lalu kedai cenderamata, keluar dari kedai cederamata ada pulak permainan budak-budak yang kena masuk coins or token tu. macam biasa kasi main seround dulu baru balik.






Ok dah habsi jalan jom balik. Nati next time boleh datang lagi bawak baby.
Actually sebelum balik boleh la ambil certificate macam gambar Haziq pegang bawah ni. Dia bagi yang blank punya so kita boleh tulis nama anak dan date kita pergi Farm In The City ni.



Ni gambar certificate Muqri. Mama yang tulis nama Muqri dengan date tu.
Review: Boleh bawak anak-anak sebab diaorg akan sangat happy siap ada kolam boleh tangkap ikan kecik guna tangguk.

No comments:

Post a Comment