Apa itu Slip Disc?
Disc di sini merujuk kepada bahagian
pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah
menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.
Ini
menyebabkan cakera rawan dan tisu berhampiran bocor (hernia) dan
kandungan seperti gel di dalamnya terkeluar ke kawasan tisu sekitar.
Seterusnya mencetuskan tekanan kepada saraf tunjang atau saraf lain bersebelahan, menjadi punca kepada gejala ‘Slip Disc’.
Simptom Slip Disc
Antara simptom atau tanda-tanda masalah
‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang
otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta gagal mengawal pembuangan
air kecil atau besar.
Jika anda
tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi
(rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan
bahu, segeralah berjumpa dengan doktor anda.
Faktor penyebab slip disc
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada
tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakkan kes juga
berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.
Terdapat
beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan
sakit slip disc ini. Diantaranya ialah disebabkan:
- Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
- Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
- Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
- Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
Bolehkah Slip Disc di rawat?
Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion,
di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan
menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan
yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang
berat. Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih
serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan
disk beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.
Pesakit akan diberi ubat penahan sakit
dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk
menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.
Namun sekiranya slip disc ini
agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas
dan kadangkala lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak
lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan
saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan
pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier)
di bilik bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan
menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.
Kemungkinan Lain
Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:
- Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
- Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
- Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
- Kanser tulang
- Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
- Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
- Tulang rapuh (Osteoporosis)
- Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
- Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)
Anda perlu berjumpa doktor bagi
memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan
bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi
memastikan diagnosis anda. Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan
yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Terdapat juga supplement tambahan yang dapat membantu pesakit slip disc untuk pulih
1. VIVIX -Merupakan agen anti penuaan di mananmenjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.
2. OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament
istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D.
Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.
3. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.
Walaubagaimanapun, kita harus berusaha tidak kira cara moden atau tradisional. Yang pasti Allah akan sentiasa membantu umat-umatNya yang berdoa dan berusaha.
Pengedar Sah Shaklee
Nissa Zainal
Cod Ampang, Cheras, Subang Jaya dan Keramat
017-3745383
istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D.
Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.
3. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.
Walaubagaimanapun, kita harus berusaha tidak kira cara moden atau tradisional. Yang pasti Allah akan sentiasa membantu umat-umatNya yang berdoa dan berusaha.
Pengedar Sah Shaklee
Nissa Zainal
Cod Ampang, Cheras, Subang Jaya dan Keramat
017-3745383
No comments:
Post a Comment