Tuesday, August 22, 2017

ZOO NEGARA MALAYSIA

Oleh kerana mama dah dekat-dekat nak due, so kami pun decide la nak pi jalan-jalan ke Zoo Negara. Motif? Of course la nak bagi cepat and senang bersalin..hehheheh

Jom layan gambar. Tak de mood nak ambil gambar sebenarnya

Gambar bawah ni tengah tunggu cousin and anak-anak dia datang. Masa ni dekat parking. Berpeluh-peluh mak tunggu ko nyah...


2 orang budak yang excited. Sorang dah kenapa lelap mata tu







Time ni dah masuk. Cousin datang bawak anak-anak dia. Babah rajin ye dukung anak buah
Ada budak nangis la.. Zafri memang tak nak dekat orang. Asyik la nak dekat bonda nya tu. Masa ni pun bonda tengah ngandung. Tak kan nak suh bonda dukung awak Zafri oiii

Bagus yang kecik2 sume x duduk stroller. Yang dah besar plak yang duduk stroller
Kakak Auni nak jadi butterfly ke?


Susahnya la nak tangkap gambar elephant ni

Sian dia ingat kan kita bawak makanan

Budak tiga orang ni memang excited tengok semua binatang. Yang ni tengahnak tengok tapir. Tapi tapirnya jauh sangat. Gambar pun kecik je

Sebelum teruskan perjalanan, kita singgah bawah pondok dulu rehat-rehat. Oh ye kami tak masuk pun tengok panda sebab rasa macam tak berbaloi pula nak beli tiket masuk semata-mata nak tengok panda kan. So kami decided tak nak la tengok panda.




Auummmmmm...Masa tengok tiger ni terbayang je macam mana lah tiger ni kalau terlepas kan. 

layan gambar budak kenit 3 orang dulu eh sebelum layan gambar orang utan

Ok..ni baru nak belanja gambar Orang Utan sebenar. Yang tadi tu cuma jadian je.hehheheh


Ok dah penat tengok-tengok binatang kitaorang pun naik tram tapi harga tak ingat plak berapa. Naik tram ni dari tempat pertunjukan burung sampai ke tempat penguin. Gambar masa pertunjukan burung tu tak sempat plak nak ambil sebab biasa badan masing-masing dah penat. tambah-tambah lagi mak buyung  2 orang nak menjaga anak-anak ribena 4 orang.

Gambar tak berapa nak clear sebab tram dah jalan..So hadap je la gambar gegar okey


Ni gambar clear tak gegar








Yeayyyy. Dah sampai tempat penguin. Sebelum masuk tempat penguin ni ada gerai2 cenderahati dan makanan. So boleh la beli ice cream or air dekat sini. Tapi seperti biasa harganya memang mahal. Kami cuma beli air dari mesin minuman dekat dalam tempat penguin ni.




Kami stuck dekat tempat penguin lama sebab hujan dah mula turun. Bila hujan dan reda kami pun cepat-cepat berlari anak nak keluar. Tujuan utama nak kena pergi solat zohor dulu. Nasib baik sempat solat Zohor dekat Petronas yang nak menghala ke Taman Melati tu.


Tips untuk bawa anak kecil ke Zoo Negara:

1) Sila jangan pergi muzim hujan. nati mak bapak susah, anak lagi susah.

2) Sila bawak jajan atau makanan dari rumah sebab bila anak nangis je terus suap makanan. Makanan luar boleh je bawa masuk. Tak de pun guard cek masa cek tiket tu.

3) Bawakla stroller. Selincah mana pun anak, ada masa dia akan nak berdukung je. Time ni lah gunanya stroller. Kalau tak, sado tangan mak ayah.

4) Sila bawak kipas kecik ye. Nati anak mesti peluh-peluh. Time ni la gunanya kipas tu.

5) Air putih jangan lupa. Yang ni paling penting sekali. Bukan untuk mandi tapi untuk minum. Kalau musim panas, tekak memang cepat kering terutamanya kaank-kanak.

Okey, itu sahaja tips yang sangat penting untuk parents yang bawak anak, Opsss lupa. Satu lagi kalau boleh elakkan pegi petang hari sebab anak-anak selalu petang energy dah burang dan time tidur plak petang-petang.

No comments:

Post a Comment