Monday, August 7, 2017

Success Story Masters Farah Wahida & Ahmad Yusri

">>>..LIKE ATTRACTS LIKE....What you feel Now, is what you're going to Attract...<<<<"
terima kasih Master Farah kerana sudi berkongsi sepatah dua cerita EMAS anda buat tatapan warga Jutawan...
Jemput baca...
________
Diriku sebelum 2012..
Jururawat VS Dealer Shaklee
Kata org rezeki anak. Saya setuju..Syukur, Allah kurniakan Aisyah Humaira.
Dia pencetus segalanya. Anak pertama, tak byk yg saya tahu pasal menyusu. Mak saya pun bg kami DUMEX. Siap suruh beli FM risau mmg cucu sulongnya lapar.
Namum saya nekad gak. Mmg tak pernah beli sebarang FM. Macam-macam cara sy cuba untuk bykkan susu. Asal org sebut, husband sy akan g cari. Kisah bermual bila sy google. Then terjumpe l a pasal Shaklee.Short cut. Sy beli trial set B dgn Iffah Anuar. Tu pun slps meeting seminggu dgn abang. Kenapa seminggu ? sebab kami mmg kesempitan duit.
Gaji sebagai nurse IJN (Rumah, kereta, tol, minyak, maintainance rumah, ptptn, loan-akibat MLM, etc) terlalu byk nk tanggung. Ujian Allah..Bisness hubby sy musnah sb ditipu bisness partner. Bila suami kita dalam kesusahan, tak kan kita nk selfish.
Saya sgt suka Shaklee.
Sebelum tu, nak dapat 2 oz pun susah. Anak nangis lapar tu mmg biasa. Saya bertahan. Sakit pinggang sb anak asyik bergayut sampai tido. Alhamdulillah slps 3 hari guna Shaklee, susu perahan cam shower. Masa tgh pam tu sy ngn hubby melonjak kegembiraan. Hubby mmg byk bg sokongan. Siap ambilkan vitamin dan air utk saya mkn. Thanks a lot.
Bisness minded
Sy PM iffah tnya psl bisness. Saya luahkan niat nak cari side income. Saya tak de modal. So sy mulakan dgn jadi agen dropship Iffah. Dah mask 15 org beli TP dropship ngn Iffah, saya rasa geram plak. Eh, tak boleh jadi ni. Saya join Shaklee pada 12 May 2011. Masa tu sy baru blajar main Facebook. Saya paksa hubby setupkan fb page untuk saya. Slowly sy blajar update, upload picture. Betapa kuno nya saya. Saya g kedai, cari tuperware. Bermodalkan RM231. Nak tahu duit dari mane? Pinjam duit Aisyah Humaira. Teruk betul masa tu. Mak jenis apa la..haha..Saya buat trial pack set B pada bulan Jun. Alhamdulillah dgn kepercayaan Iffah, sy naik supervisor on Jun.
Bulan ke dua saya join, masa tu saya tak reti pe2. Yang satu tahu jual trial pack.
Hari bersih 3.0 (awal bulan) saya pergi umah Master cery. Sb byk jalan tutup, perjalanan ptt kurang sejam jadi berjam-jam. Sesat x yah kira. Abg kata, gini gayanya,kita kena master kurang dari 2 tahun. Sepasang suami isteri & baby telah sampai di Bayan Villa. Menuntut la saya. Kak. cery bg rasa ESP, PD, Mealshake..erm..sedap..bulan tu sy jual lbh 20 puluh tin ESP. Bermangat membara. Gelombang aura yang saya sedut dari kaka cery sy hnagatkan setiap hari. Blk keja packing trial pack. Ketar lutut sb drive jauh KL-Shah Alam tak hilang lagi, mkn kemudian. Mlm2 update fb page. Jalan-jalan blog otai-otai. Mcm tu la hari-hari. Penat ? mmg penat. Tapi sy nekad..Syukur..July..Zap..naik Senior Supervisor. Masa tu dkt nk puasa. Syukur yang amat. Rezeki tahun tu buatt raya kami lebih bermakna. Rasa kekangan kewangan dah mula reda. Kami g sogo shoping raya. Tak lupa kasut raya utk mama, adik-adik..Sebelum tu, hari-hari nangis dalam kereta otw g kerja (manja kan).
Setiap bisnes ada jatuh bangun..Cabaran sy sangat hebat dalam rank Senior Supervisor. Masa tu saya tak ada anak. Rutin harian saya mmg sgt la padat. 5am sy bangun, siap2 pe yg patut, pam susu utk 1st meal anak sy kasi yg fresh ebm. By 6.15 am, sy dah ada kt federal highway g kerja. Biasanya sampai tepat2 kul 7am. Tak sempat bfast. Kul 11 am, nothing sempat msk dlm mulut. Lapar, haus. Ada time reda sket, sy g pam susu. Kul 3.30 pm masih di wad. Husband dah call “ dah kat tol Shah Alam ke?” Kt wad A2 bang..erm..kul 4 pm sampai umah, berkejar nak masak, pack brg. Brg x ckp utk pos, abg vrommm g Shaklee dgn motor sb takut jem. Then tolong poslaju. Bila customer dah bayar, dia mesti nk brg dia sampai cepat. Macam kita la bila beli brg. Perasaan cam time gak nk posmen hantar kan? Sb tu kita kena proces ASAP. Tu pentingnya ada stock in hand. Syukur saya kat Shah Alam, tak jauh dgn HO. Masa tu la. Sekarang sy kat Terengganu, pun sama je. Prinsip yg sama sy amalkan. SEGERAKAN DELIVERY, CUSTOMER HAPPY. Kalau kena masa sy kerja kat IJN, pe yang boleh sy bayangkan kalo setiap sel badan boleh cakap ase mcm setiap sel tu jerit, KAMI SEMUA DAH TERLALU PENAT. Biasa sy tidur kul 12 mlm. Tidur mcm mane? Biasa la ada anak kecik kan, bukan la lena mana. Jaga utk mnyusu
Lama sy naik turun supervisor – senior supervisor. Saya mgandung lagi. Mcm2 pgalaman sy lalui. Alahan, puasa. Ada pernah sy ase terlalu letih sampai sy DOWN. Saya ckp, stop la buat Shaklee kat abg. Abg ckp, setelah bertungkus lumus, nk stop mcm tu je? Mane impian saya ? Saya mmg down gila. Abg ugut nk delete semua page, blog. Dia g on Laptop, nk delete. Saya nagis sepuas-puasnya.. Kata kak cery masa tu, u continue, u untung. U stop, mak u x rugi pun. Semua pilihan u. Husband sy byk bantu console sy balik. Kami tenangkan diri, rest. Alhamdulillah sy bangkit balik. February 2012 saya naik ke Coordinator.
Kesibukan bertambah. Sebab tanggungjawab lebih besar sb kena stable kn 3 supervisor and anak2 yg belum matang. Bulan April 2012, gelombang bermula. Awal April sy kena kursus kat Kuantan 4 hari. Bisness, buat la sdaya boleh. Saya ada SAMSUNG Tab, syukur sb mmg sgt membantu. Ada break sy post & update page. Smart phone belum ada masa tu. April, kursus, adik kawin. Lps kenduri, mertua saya tak sihat. So dia rest kat rumah kami di Shah Alam. Saya dah sarat. Almost 9 month. Sakit dia tak pulih2. Tak leh tidur malam. Setiap kali g spital, dia nak sy ada bersama sb dia sgt takut g spital.Lastly buat full check up..MasyAllah. Kanser paru-paru stage 4. Mula-mula mama boleh jalan, slps 2 mggu mula terbaring. Kami sama-sama jaga mkn, pampers. Nasib baik sy nurse, sy mskkn sendiri tiub kencing & tiub feeding dia sb masa tu dia dh tak boleh telan makanan. Siapkan jadual ubatan mama. Actually dah final stage takde ubat melainkn pain killer. So vitamin shaklee, vivix, A, C, E la yg kami bg. Ada juga cb yg alternative. Ulang alik g spital sg Buluh, HKL,DEMC. Ke sana ke mari naik ambulance, follow anbulance. Sy belajar teteng KEBERKATAN. Sibuk kerja, jaga mama, sarat mengandung..Alhamdulillah order tak putus datang. Bulan 4 lebih dari 6000 uv. SubhanaAllah. Walaupun tak byk masa nk buat sale, manage page, pertolagan dr Allah datang. Ikhlaskan hati menjaga mama. Sentiasa senyum walaupun hati risau gak psl sale. Doa dan tawakal padaNya. Memang keajaiban itu milik Allah. Bulan April kami naik rank Senior Coordinator !
Mama suarakan keinginan nk balik Terengganu. So kami sewa ambulan utk bawa dia balik. Saya uruskan hal oksigen dan process balik. Jauhkan. Dia pula dah critical. Esk harinya mama meninggal. Selang 8 hari saya bersalin di DEMC. Ni lawak sket. Dari Terengganu ken abalik Shah Alam hanya utk bersalin sb IJN tak terima MC dr luar KL.
Saya pernah bgth Iffah, penatnya iffah. STRESS kerja lagi. Iffah kata, bertahan. Tak lama lagi boleh hantar surat cerai kat IJN. Saya aim if dapat 7-8k sebulan, berturut2 3 bulan, sy resign la. Saya mmg syg carrier as nurse. Jiwa saya mmg suka jd nurse. Bila mama meninggal, makcik yg sbelum ni tggl sama dgn mama tggl sorng diri kt kg. Abg sbgai anak lelaki tunggal bertanggungjawab jaga dia. Since dari abg and adik-adik kecik, makcik jaga mereka masa mama kerja. Arwah papa meninggal masa abg umur 6 tahun. So apa yg saya kena buat as isteri ? Syukur income shaklee dah agak stable. Saya resign. Kami pindah Terengganu. Mungkin sebelum ni org kata, farah senang la buat Shaklee, umah dekat dgn HO. Ye senang. Tapi skrg sy kat Terengganu. Adapt, adjust hidup. Bisnes Shaklee berjalan dgn lancar. Alhamdulillah. Keep the positive mind. No excuss. Adapt in what ever condition.
Bersalin, ramai yang hold buat Shaklee sb bersalin. Alhamdulillah badan saya sihat slps bersalin. Mungkin sb sy konsisten makan vitamin Shaklee shj spanjang kehamilan. Bulan May, mama meninggal, bersalin, pindah & resign. Rasa mcm mimpi sb terlalu byk hal berlaku. Dan buat keputusan pindah & resign adalah keputusan besar yg perlu saya buat dalam hidup saya. Separuh jiwaku pergi..hehe macam lagu lak. Rindu IJN. Hahaha..benci tapi sayang. Alhamdulillah mungkin sb BERKAT ikhlas nak jaga makcik, sale melonjak-lonjak. Lebih dari 8000 uv. Walaupun kena baring sb lps bersalin, zikir yg kak cery selalu pesan tu tak lekang dibibir.Syukur, sy effective Senoir Coordinator untuk August.
October..Offer ESP..memang ramai nai rank masa tu kan..syukur masa tu group saya hadiahkan 14 point. Bleh naik Master Coordinator teruskah..Kita tak boleh langkau..so october saya dapat kunci coordinator..Key la..Bulan 11 trip Shaklee ke Langkawi..memang jejalan..last g langkawi mas darjah 6. Lps kawin langsung tak berpeluan honeymood..modal tak dak..he3..lagi pun terus bunting pelamin..
Syukur dengan kuasa Allah, November saya melangkah ke rank Senior Key Coordinator. Nak kata pulun buat sale masa tu..mmg tidak sangat sb jejalan..Tapi Dhuha zikir tu memang tu la keajaiban yg ada. Rasa tidak lengkap pagi tanpa dhuha. tak banyak tak apa, dua rakaat je.
DECEMBER...Sejarah hidup paling manis..sangat manis..Offer Collagen kan..macam mana ntah Shaklee weng. 3am msk SMS collagen promo..masa tu sy jaga menyusu anak. Terus saya tak boleh tidur. Saya sangat jelas siapa saya pada hari closing..Mulai hari itu saya selalu cakap pada diri..Aku adalah Master Coordinator..Kita selalu tak dapat apa yg kita nak..tapi jika kita yakin dgn apa yg kita jangkakan..inshAllah..kita PASTI dapat..
Allahuakbar..Akhirnya ia milikku..syukur alhamduillah..Terima kasih kepada mentor-mentor saya.Ummie Iffah, Master cery..Syukur atas perkenalan dan ukhuwah yg Allah kurniakan..
______________________

Panjang lebar Master Farah tulis kisah kejayaan beliau

No comments:

Post a Comment