Monday, October 23, 2017

GRAND LEXIS PORT DICKSON

3D2N di Grand Lexis Port Dickson
Di taja separuh oleh company so Nisa just bayar separuh tak sampai RM500 pun untuk 2 malam termasuk 2x lunch, 2x dinner dan 3 breakfast untuk seorang.

Hotel ni terletak bersebelahan dengan Glory Beach Resort. Dulu masa duduk dekat Glory Beach Resort selalu berangan-angan one day mesti nak tidur hotel sebelah ni. Cantiknya hotel atas laut. Mesti best. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Bilik sangat besar. Siap ada 2 King size bed. So memang besar sangat la kan. Nak angkut satu family sekali mak ayah pun boleh.

Tadaaaa...tu dia katil besaqqqqqq

Nisa pergi sini sempena company trip opis. So memang dapat makan free untuk diri sendiri je. Kalau family nak join makan kena tambah duit which is sangat mahal dan tak berbaloi. So Nisa decide everytime meal pegi larik kejap join kawan2 then balik bilik angkut anak-anak pergi makan luar dengan husband which will save a lot of money.


Actually hotel ni ada banyak bilik di pelbagai location. Ada Garden Suite ada Sky Pool Villa. Nisa punya ialaj Sky Pool Villa yang atas laut tu. masuk-masuk je anak jakun duk tengok cermin yang nampak laut tu. Cermin ni tak boleh buka ye. Kalau bole buka habis la budak-budak terjun je dalam laut dari dalam bilik.


Apa yang ada dalam bilik Sky Pool Villa ni?
Masuk-masuk je bilik belakang pintu akan ada satu shoe rack macam almari tinggi sampai atas. Ada TV and wifi. Setiap bilik ada wifi tersendiri. TV limited ada beberapa siaran je. Bukan macam astro dekat rumah ye. Yang pengting TV9 tak de sebabnya anak Nisa nak tengok Upin & Ipin Alam Dino hari tu tak de siaran.
Ada 2 king size bed. Meja tulis, Iron Board and iron, Bathrob,microwave, pinggan, mangkuk,sudu cawan sume ada.
Yang bestnya dalam peti sejuk ada 2 air mineral dan 2 air tin percuma ok.


Siapa yang duduk dekat bangunan tower iaitu building yang sama dengan reception counter tu banyak kelebihan. Senang nak parking sebab parking disediakan di bangunan yang sama. macam shopping mall tu, kena naik atas then parking. Ada lift, cafe di bangunan yang sama dan ada level untuk rekreasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa macamdekat Molly fantasy, ada mainan untuk anak-anak dan ada table snooker untuk ayah anak.hehehhe


Pemandangan ni di ambil dari bilik riadah tak ingat tingkat berapa. Maybe tingkat 2 atau 4. Cantikkan pemandangan dari sini.


Petang-petang anak mandi pool mama gigih panaskan makanan. Biasa budak-budakkan lapar kalau berendam lama sangat.

No comments:

Post a Comment