Alhamdulillah sampai jugak ke Hatyai. Siap hantar depan pintu hotel lagi. Hotel dah booked siap2 dekat Trivago tapi bayar cash dekat hotel.
Kami tinggal di Pacific Residence ni selama 2 malam. Overall, hotel ni memang murah tapi lama. Lama macam mana? Segala2nya lah lama. Cerek pun tak de okey..Tapi boleh pinjam dekat receptionist dia.
Kalau bawa orang tua, toksah nak book hotel ni. Sebabnya dia bertangga. Tangga ni wajib kena tempuh ye. Sebab dari luar nak sampai ke reception tu memang kena naik tangga.
Tangga dari pintu masuk nak ke reception tu. Reception dia atas tangga tu belah kiri. Berhadapan dengan brother pakai baju oren tu. |
Ni lah keadaan bilik kami. 1 katil king size. Oleh kerana kami 5 beranak, so kami tambah 1 single bed. Memang sesak sikit la bilik bila dh masuk single bed tu. Tapi ada kami kisah? Bilik ni hanya untuk tidur malam je.
Sampai-sampai anak terus lompat atas katil. lepas tu kami rest sekejap dan solat sebelum keluar semula.
1st dayy ni kami decide nak pergi Asean Night Market je. So keluar je hotel terus tahan tuktuk.
2 orang hero tu memang excited naik tuk tuk. Besat katanya |
Sampai je kami lepak2 dulu dekat tepi market ni sebab ada tempat duduk yang comel-comel.
Sebelum gelap kami naik atas cari makanan. Tapi tak sempat nak snap 1 gambar pun sebabnya tengah lapar dan serabut ramai orang. Dengan anak menangis, dengan dugaan tak dapat tempat duduk lagi. Sabar je lah.
Jom cuci mata dekat Asean Night Market plak. Sini bahagian bawah tempat shopping2. Bahagian atas jual makanan. Punya la banyak makanan sampai tak tahu nak pilih apa. Tapi kerabu maggi dekat sini sedap. Bubur nasi pun sedap. Siap tapau bawa balik hotel pun sedap lagi.
Lens ni je yang sempat beli dekat Asean Night Market. tapi nak bagitau yang lens ni sangat la tak best. Keras dan tak selesa. Pakai sekali je end up buang.Nasib baik la murah.
Anak-anak memang tak membeli pun dekat Asean Night market ni sebab tak jumpa apa yang berkenan di hati pun. Makanya makan dan cuci mata je la disini.
Belanja gambar sweet couple dulu la
Dari Asean Night Market ni kami jalan kaki je ke Greenway market. Jauh juga,berpeluhlah ketiak..hahahaha
Ok..dah sampai di Greenway Market...Tadaaaa
Kalau tanya mana lagi murah antara Asean Night Market dengan Greenway Market?
Jawapannya mestilah Greenway Market. Tapi barang yang dijual tak sama ye. Kalo dah berkenan terus je beli. Kalau cakap nati lah. Jalan lagilah. Mesti akhirnya tak beli.
Itu purse 80 bath lebih kurang dalam RM10 |
Ni pulak satu-satunya barang yang beli dekat Greenway Market. Itu pun sebab murah. Ni pun pakai sekali je sebab ketat. Masa try macam dah ok size 36 sekali esoknya nak pakai sakit plak sebab jari kaki kena bengkokkan.
Sampai hari ni rasa rugi sangat tak beli baju tidur |
Lepas habis shopping kitaorang pun ambil tuktuk balik hotel. Tapi tak terus balik hotel pun. Turun depan Lee Garden Plaza sebab nak menapak dari situ ke hotel sambil2 cuci mata lagi.
Menarik kan udang ni. Tengok and snap gambar je. Tak beli pun. Besar sangat sampai takut nak makan. Memula memang ingat nak beli tapi kenyang lagi makan dekat Asean Night Market tadi. Bubur pun ada tapau nati dekat hotel nak makan.
Buah ni beli masa on the way menapak dari Lee garden ke hotel. Harga tak ingat pula. Tapi nenas dengan jambu tu memang manis. Mangga je yang masam. Rezeki dapat yang masam.
No comments:
Post a Comment