Wednesday, November 20, 2019

TRIP TO HATYAI DAY 2 - PART 1

Hari ke 2 ni kita pergi jalan jauh sikit. Pagi-pagi lepas solat subuh je terus keluar pergi breakfast dekat Chabura Dim Sum. Ni muka dua budak excited nak pi jenjalan

Sebelum tu kami sewa tuktuk sehari untuk hari ni. Harga tak ingat pula. Tapi tuktuk ni la yang angkut kami ke Chabura Restaurant, Museum, Pantai di Songkla, tengok gajah sume la.



Memang ingat no je hari ni. Sebabnya selalu driver tuktuk ni akan turunkan kita dekat destinasi lepas tu pandai2 la kita nak p melawat or beli pape sendiri
Sampai Chabura Dimsum pun orang punya la ramai sampai tak de seat nak duduk. Ni la gambar keadaan depan Chabura Dimsum ni. Kedainya simple sangat. tak tau la macam mana boleh viral


 Tunggu lama juga dalam 20 minit baru la ada seat. So apa lagi, order la kan. Menu pertama yang sampai ialah

Roti Canai.....
Dah macam murtabak Malaysia da



Antara dimsum yang di pilih oleh anak-anak




Kalau tanya sedap ke tak dimsum dekat sini? Jawapan Nisa...Biasa je. Tak de la sedap sangat sampai nak datang lagi next time. Roti canai tu lagi la tak sedap. Jujurkan Nisa ni.

Maka lepas breakfast kami pun berangkat ke magic Eye 3D Museum Hatyai. Harga tiket boleh rujuk gambar banyak-banyak di bawah ni ye. Kecil je museum ni. Tapi ada magic show. Masa kami sampai ni show baru habis dan next show lambat lagi. Disebabkan kami ni kejar masa, kami pun layan gambar2 3D je la dalam tu.





Lepas berjimba di Magic Museum. Kami pergi ke Songkla City. Melawat the Great Sarpant "Nag". naga ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepal, tengah dan ekor. yang menariknya ketiga-tiga bahagian ni di tempat yang berlainan dan memang kena naik kenderaan. Ada kisah tentang The Great Sarpant ni tapi Nisa dah tak ingat. So anda boleh la google  ye. Masa ni cuaca tengah panas. Jadi tak banyak gambar yang di ambil. Yang penting askrim dengan buah mangga memang kena beli ye.


Dari Songhkla kami terus ke tempat gajah yang famous di Hatyai tu. namanya Chang Puak Champ Hatyai.




tengok harga elephant riding sampai 500bath. Mahalnya. Lebih kurang RM65. Baik tak payah naik. Dah la kita seksa gajah tu nati. Jimat duit mama..fuhhhh lega

No comments:

Post a Comment