Cerita dah basi tapi baru nak upload. Kekangan masa sangat-sangat bila dah ada anak tiga dan ada pula bisness lain yang nak diberi perhatian lebih. Tak masuk kerja pejabat lagi.
Log story short, my husband and I decide nak pergi Nilai 3, plan nya nak beli bidai untuk di letak di taska. Memang beli pun. Bila nak balik singgah la solat tiba-tiba ternampak pulak ada kepala dinasour yang tinggi ni. So kami decide untuk pergi tengok lepas solat Asar.
|
Ni lah binatang yang kami nampak dari jauh tu |
Sampai-sampai lampu semua belum buka lagi. Tempat-tempat jalan pun belum buka sebab tempat ni buka pukul 7 malam. So kami decide untuk datang semula lepas solat maghrib.
Lepas je solat kami serbu balik tempat ni. 1st thing yang kami nampak mestilah lampu-lampu tepi jalan ni
Cantikkan lampu-lampu ni. Masa kami pergi ni dekat-dekat dengan Krismas. So tema lampu ni memang tema Krismas la kan.
|
Santa Clause pun ada ni ha |
|
Orang salji pun ada dkt Nilai 3 ni..Hahahaha |
dah penat tangkap gambar dekat lampu-lampu ni.Kami pun masuk sikit kedalam. jadi kami pun jumpala Optimus Prime ni. mak aiiii...Besarnya..macam mana la diaorg buat benda alah ni kan
Masuk dalam lagi ada gerai-gerai jual makanan then jual barang-barang macam baju, pin tudung, tudung dan banyak lagi la. Tapi shopping dekat sini tak best. Kena pegi masuk kedai satu-satu dekat Nilai 3 tu.
Actually pameran ni ada 2 bahagian. Yang luar-luar ni penuh dengan lampu dan dinasour. Yang ni memang free.Tengok dan tangkap la gambar puas-puas. Jangan sampai ada yang tak puas hati dekat kau sebab asyik kau je yang bergambar dengan dinasour sudah.
Bahagian kedua bahagian yang berbayar untuk budak-budak main dalam tu. Bayar masa nak masuk lepas tu main la sampai lebam.
Jom layan gambar dinasour pulak
|
Nayli asyik la tengok dinasour tiap kali tangkap gambar |
|
Eh eh..Ada telur dinasour la. Sekali pecah ada 3 anak dinasour dalam tu. Kembar tak sama tahun rupanya |
|
|
Giant Spider pun ada. Nayli macam biasa lagi suka tengok spider dari camera |
|
King Kong...haziq dah peluk kuat-kuat masa ni.Nayli mmg x pernah camera ready |
|
Sotong Kurita. Hai la Nayli. Kenapa lah dengan awak ni |
Sorry la post kali ni memang banyak sangat gambar. Terpaksa pula korang tengok sampai muntah. Oleh kerana nak delete photos dalam hp terpaksa la buat entry dan transfer gambar banyak-banyak dalm blog.
|
Clown gediks |
|
Ni orang galah tapi nak tunggu dia pusing punya la lama so kita tangkap gambar belakang je la ye |
|
Ada buaian jugak kot la anak-anak nak duduk main buaian |
Habis dah part yang free-free. Next entry kita cerita pasal part yang berbayar untuk anak-anak pula. Ni semua gambar time malam.
Kalau nak tengok versi gambar di siang hari boleh lawat blog mama jue
KLIK SINI
No comments:
Post a Comment