Wednesday, July 2, 2014

Kisah Batu Karang Dalam Hempedu - PART 1

Bismillah
Dulu 3 bulan lepas kahwin, Nisa dengan tiba-tiba telah diserang satu penyakit yang sangat ganjil, perut rasa sebu, seluruh badan sakit, rasa nak muntah, pening dan sakit perut yang amat sangat plus sesak nafas.

Penyakit ni memang sangatlah ganjil bagi Nisa, ingatkan pregnant..tapi bila buat urine test tak de plak 2 lines. Penyakit ni datang on off terutamanya tengah malam.

 Boleh pulak tersedar pukul 2 pagi sebab tetiba rasa sesak nafas, sakit bawah dada belah kanan dan perut megeras. Sakit sangat....tak tahu nak cakap macam mana.Kiranya dulu-dulu memang sebulan 2 3 kali akan ke klinik time pagi2 buta pukul 3 - 5 pagi..Jumpa doktor kena cucuk pain killer baru lega..Esoknya MC. Hahahahah..Part MC ni la yang paling best skali. Tapi sekarang nak MC pun kena buat2 sakit..hahahahah

Kemuncak kesakitan selepas bersalinkan Muqri Rayyan. Lepas pantang baru masuk keje 2 minggu dah hentam makan pedas2 sume. Ingat lagi malam tu makan ayam goreng sambal. Pedas yang amat. maka bermula la episod guling2 atas lantai dan sofa start pukul 9.30 malam. How I wish I dah kenal Shaklee time ni. Sedihnya bila kenang balik.....wawawa...nangis sbb peristiwa ni yang buat Nisa tak ekslusif breastfeed Muqri. Sedih sbb kena tinggalkan anak sementara Nisa warded selama 5 hari di Ampang Puteri. Huwawawa.....



Sambung nati la sbb nak nangis sbb sedih sangat...Walaupun buah hati mama ni dah 3 tahun, tapi mama masih sedih dan ingat kisah dulu. Kisah mama terpaksa mermet masa dlm wad then buang je susu tu dalam toilet sbb mama on antibiotik and a few other ubat yang mmg tak bole nak breastfeed abang

Sorry abang.....sob sob sob


No comments:

Post a Comment