Sunday, July 6, 2014

MATI ITU PASTI

Minggu lepas kita dikejutkan dengan 2 kematian bagi kalangan selebriti.
Salam takziah kepada keluarga Dato' Sharifah Aini dan Linda Rafar.
Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kembali. Beruntunglah keduanya kerana meninggalkan alam fana ini dibulan yang paling mulia sepanjang tahun.
 
Hari Jumaat tanggal 4 July 2014, Biduanita Dato Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah.
Sesungguhnya beliau amat bertuah kerana telah meninggal dunia sepertimana yang dikehendaki dan jenazahnya di imamkan ole anaknya sendiri iaitu Alif.
 


Petang Sabtu pula kita dikejutkan dengan berita kematian adik Memen iaitu anak kepada pelakon Linda Rafar kerana kanser perut yang dihidapinya.
Bertuahnya Linda kerana telah melahirkan ahli syurga.
Adik Memen berusia 12 tahun pada tahun ini merupakan anak kedua Linda bersama suami terdahulu.


Sesungguhnya mati itu punctual. Tiada lambat dan tiada lewat walau sedetik.
Dunia tempat kita mengumpul bekalan untuk akhirat dan sesungguhnya 3 amalan yang akan dibawa hingga ke akhirat ialah :
  1. Doa anak yang Soleh
  2. Sedekah jariah
  3. Ilmu yang diajar dan digunakan

No comments:

Post a Comment