Wednesday, October 29, 2014

Cek gigi di Poliklinik Tanglin dan PPUM


Pagi-pagi lagi ku dah bangun walaupun hari ni cuti
Sebabnya ada misi yang perlu dilakukan hari ni. Bangun pagi siap-siap mandi semua terus hantar anak ke taska.

Perjalanan menuju ke Jalan Cenderasari.Kami nak ke poliklinik Tanglin. Pergi dengan adik ku yang belajar UITM, kan sekarang tengah cuti sem. So kami pun pergi la merayap ke Klinik gigi. 
Keluar rumah pukul 8 tapi sampai Klinik Tanglin pukul 9.30. Amboiiiii
jauh sangat ke Poliklinik tanglin ni. Adoi...punyalah lama tak pergi KL time orang keluar kerja..ha..kan dah tersekat dalam jem.. Guna waze pun ntah macam apa ntah..baik tak yah guna

Sampai2 terus ambil number. Adik aku dapat no 7018..Aku punya 7019 tapi no aku kena panggil dulu. Dentist tu nama dia Dr Sabrina..sangat lah baik. dia cek2 gigi aku cakap gigi aku semua ok..Tak perlu pun nak buat RCT...Adoi...dalam hati rasa nak nangis...doktor...tolongla pesakit mu ini...aku nak buat RCT jugakkkkk
 
Pintu masuk Klinik Pergigian Tanglin
 Doktor tu siap flos gigi geraham aku..Ketuk2 then cakap bolehla kalau nak buat RCT..Tapi waiting list 2 years sebab pakar kami ada sorang je..Pakar endodontic..Huhuhuhu...Apa kes 2 tahun..By the time nak tunggu 2 tahun tu, gigi aku pun dah reput.

Tapi aku request doktor letak jugak nama aku dalam waiting list in case aku tak jumpa klinik yang boleh buat gigi aku tu kan. Then doktor bagi appoinment bulan 12 untuk review lagi sekali keadaan gigi aku tu.

Guess what?
Aku kuar2 adik aku punya number belum kena panggil lagi..mak aih..rupanya ada 2 bilik je..bilik aku tuk no giliran ganjil..bilik adik aku tuk giliran ni genap..Terpaksa la tunggu pulak adik aku punya turn. Sampai kul 10.15 baru adik aku kena panggil..sambil2 tu aku snap gambar dulu

Ni charge yang akan dikenakan

Ada food court seberang jalan. Siap ada kugiran lagi..Org gomen memang suka lepak eh? Ramai giler org pakai baju keje lepak

Adik aku kuar je aku terus serbu dia tanya macam2. Dia kata doktor tu suruh cabut gigi yang sakit tu..tak boleh diselamatkan lagi sebab ada darah beku. Apahal lak gigi ada darah beku kan. Aku cam bengang. Pi farmasi nak amik antibiotik tuk adik aku tengok no giliran lagi 20 number. Terus je kitaorang blah.

Dekat sini kami berhabis RM2 je pendafataran aku RM1 and adik aku RM1. Terima kasihlah pada kerajaan sebab ada kan klinik gigi yang murah...Daftar pun kena bayar....

Start kete terus pecut ke PPUM lak....
PPUM ni 1 la masalahnya...nak parking punya la susah

Ni kaunter kedua lepas pendaftaran
Lepas daftar aku kena bayar RM5. Adik aku free sebab student. Bestkan jadi student?

Lepas tu kami kena jalan sikit sampai jumpa kaunter yg sedikit buruk cam gambar atas. Sampai2 je terus panggil adik aku masuk..Cek2 sikit pastu kena buat x ray..Lepas xray adik aku kena tampal gigi yg berlubang tu then dia kata tunggu call dari student tuk buat rct. Tak de cakap langsung pasal cabut or darah beku...

Tengoklah perbezaan klinik gomen dengan klinik yang semi gomen ni

Time aku pun cek2 doktor ketuk2 gigi aku cakap gigi awak tak de masalah tengoj dari luaran semua ok.
Tapi kena xray dulu sbb aku request RCT. Lepas x ray doktor tu tunjukkan x ray dkt aku dan terangkan tentang gigi geraham aku. Dia suggest buat RCT untuk geraham belah kanan dan kiri. So aku kena buat RCT 2x beb

Mampukah?

Doktor yang cek aku tu dari Iraq..Dia cakap balik dulu tunggu studentn call sbb dia nak bagi student case tu.. Tapi ada waiting list jugak. dalam tempoh 3 - 6 bulan. Oklah jugak kan daripada 2 tahun.. Aku pun redho je dengar

So, settle la kes gigi kami 2 beradik... Dekat PPUM habis RM5 je...Kalau ku tahu..tak ku bazirkan masa ke Poliklinik Komuniti tanglin pagi tadi

Tak pe la...semua yang terjadi kan ada hikmah..

So, sekarang tunggu je la panggilan daripada student UM ye...

4 comments:

  1. Hi Cik nak tanya student PPUM dah call untuk buat rct ke belum? Saya pun ada dalam waiting list sejak bulan Jun 2014 tapi sampai sekarang belum dapat call untuk buat rct lagi. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de call pun..Tapi saya dah pergi ke Klinik Pergigian Putrajay Precint 9. Doktor sana dah cuci gigi geraham kedua-dua belah dan buat tampalan sementara. Setakat ni alhamdulillah tak sakit walaupun tampalan tu dah terpecah sedikit
      Sekarang saya je mana satu yang panggil untuk rawatan dulu dan harapan biarlah Klinik Putrajaya tu yang call dulu

      Delete
  2. Oh.. ok. Mungkin saya akan call dulu Kilnik Pergigian dan tanya berapa lama waiting list. Kalau mereka cakap dalam 3-4 bulan mungkin saya ke sana dulu. Terima kasih ya, harap Kak pun cepat dapat call dari mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok...Hopefully PPUM tu panggil awak cepat..Akak mcm nak tgu yang Putrajaya je kot

      Delete