Oleh kerana asyik tengok orang duk post makan di Sushi King, so kita pergi lah try test sedap sangat ke makanan dekat Sushi King ni
Pilih punya pilih, paling dekat pergi Sushi King dekat Ampang Point je lah. Tapi restoran dia bukan dalam Ampang Point pun. Restoran dia terletak dekat deretan kedai-kedai luar dari Ampang Point. bertentangan dengan Pelita Nasi Kandar.
1st time masuk Sushi King tercangak-cangak kami anak beranak sebab tak pernah masuk sekali masuk tak tau nak order apa. So kita tengok la apa yang ada atas tempat jalan keretapi tu(ni anak I yang panggil).
Atas ni dia telur separuh lepastu letak mayonis atas dia. Yang ni Haziq yang ambil sebab dia pencinta telur. tak kisah telur masak macam mana pun dia tetap pencinta telur. Heheheh
Tak banyak sangat benda nak di pilih sebab kami sefamily tak suka salmon dan segala benda yang raw-raw ni. Macam telur yang warna oren tu pun kami tak makan.
Yang sotong kurita ni pun jenuh nak mengabihkan. Adoiii...tekak memang tak boleh terima kot Sushi King ni
Yang ni plak hasbund punya order. tak tau apa namanya. Rasa : Tak boleh diterima tekak. Husband makan pun tak habis.
Ok yang ni Nisa punya order. Rasa cuma so-so aje. Takde la sampai wow and teringat-teringat bila sampai rumah. Anak-anak tak makan pun apa yang kami order. Depa duk pulun amik sushi yang berjalan-jalan tu je.
OK yang ni sedap. Mungkin sebab sos dia yang macam mayonis tu kot. rasa macam nak order lagi pula. Tapi mahal. So cukup lah sebab anak-anak pun tak bising nak tambah order. Air pula kitaorg cuma order cold green tea. Anak-anak minum plain water.
Kepada pencinta Sushi King uoll jangan kecam I ye. Ini cuma my review. I lagi suka makan di Sushi Mentai.
No comments:
Post a Comment