Sunday, August 27, 2017

DIY RAK HOT WHEEL

Setelah 2 minggu bercadang nak buat rak hotwheel DIY untuk anak maka hari ni jadilah rak hotwheel nya yang dibuat penuh dengan kasih sayang oleh mama dan baha.. cewahhh

Hot Wheel nya tak sempat susun semua. Anak-anak asyik duk ambil nak main


Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk dapatkan DIY Rak Hotwheel macam gambar atas ni

Benda penting yang diperlukan ialah 2 level shoe rack. Beli yang kayu punya senang cuma nanti tampal dgn hot glue je untuk bagi dia lebar. Kalau yang 2 level ni memang ngam2 untuk hot wheel yang size normal yang comel. Kalau letak hotwheel yang besar tu dia akan terkeluar sikit dr rak tu. Kalau korang nak lebar beli la yang 3 level punya rak. Tapi harga berbeza ye.


Yang ni Nisa beli dekat Tesco. Masa tu promotion so dapat RM20. Harga sebenar tak pasti pula. Hari tu pergi tengok dekat Mr DIY harga dia RM29.90. So kalau nak jimat boleh tunggu promotion dari Tesco, Mr DIY, Giant dan yang sewaktu denganya.

Barang kedua yang diperlukan ialah hot glue. Selalunya hot glue ni kalau pembuat hantaran perkahwinan sure ada. Kalau suka buat pelamin pun mesti ada. Boleh la beli 1 simpan kot-kot nak guna nati kan.


Harga hot glue ni varies. Ada yang RM8.90, RM12.90, RM23.90. Depends dekat memasing nak beli yang mahal or murah. Selalunya kalu beli dia asing dengan gamnya. So kena beli gam (glue stick) dia skali la. Yang dalam gambar ni Nisa pinjam member punya sebab Nisa punya warna biru tertinggal dekat kampung masa buatkan hantaran cousin kahwin bulan March haritu.Pinjam kawan punya sehari je tau.

Hep!!! tak leh pinjam lelama barang orang nati menyusahkan tuan punya harta.

Barang ketiga yang diperlukan ialah cat spray.


Nisa beli yang warna putih sebab nampak macam comel je bila kayu shoe rack tu di cat warna putih kan. Cat Spray ni cost me RM6.50 beli dekat hardware area rumah. Hari tu ada tengok dekat Mr DIY dalam RM8.90 rasanya. Nasib baik tak beli. Dah jimat poket RM2.40. tapi cat spray ni not recomended. Lebih baik beli cat tin yang kecik untuk kayu dan brush. Lagi praktikal dan cantik kemasan rak tu nanti.

Tapi kalau uols tak nak cat kayu tu pun boleh. Sebab kayu rak kasut tu memang dah sedia nampak cantik je. Lepas ni kalau buat memang rasa tak nak cat la. Nak warna kayu tu semulajadi lagi cantik.


Hook L shape ni untuk lekatkan dekat rak then nati boleh la drill dinding sangkut dekat dinding. Ingat nak cari tempat sangkut macam belakang frame then nati senang boleh letak paku dekat dinding and sangkut je rak tu tapi tak jumpa pula. So ni je la choice yang ada sebab mama tak sabar nak sangkut dah rak ni.


Tadaaa...Dah siap...
Snap gambar ni sebelum digantung ke dinding.

Senang je buatnya. Cost Nisa buat rak ni RM31.00 tak termasuk hot glue la sebab hot glue pinjam member punya. Yang guna duit ialah

Rak kasut 2 level - RM20.00
Cat Spray - RM6.50
Hook L shape - RM1.80
Glue stick RM2.70

Senang kan? Kalau nak jimat tak payah cat. Ada ke yang nak tempah rak Hotwheel ni dari Nissa?


No comments:

Post a Comment