Sunday, August 27, 2017

Mandi Dan Bermain Di Taman Pudu Ulu

Semalam keboringan yang amat sangat plus gaji belum masuk jadi kami pun decide nak pegi bawak anak pergi taman. Sebab kalau pergi shopping mall mesti kena pau dengan budak-budak 3 ketul tu.

Kalau pergi taman paling tak pun kena pau asikrim je. Tapi kami suami isteri ni memang suka la pergi taman sebab dapat berjalan-jalan sambil buang lemak yang tersorka dekat perut ni.

Sebelum pergi taman siap-siap bawak baju mandi anak sebab pernah terbaca Taman Pudu Ulu ada kolam mandi untuk budak-budak. So bawak je la baju mandi n towel sebab kalau kolam tutup pun tak pe kan..Standby, sediakan payung sebelum hujan.

Samapi-sampai je pukul 5.30. Tu dia ramai nya manusia sampai tak de parking. Lastly dapat jugak parking, itu pun kena tunggu pakcik tu dismantle basikal anak dia nak masuk dalam kereta.





Jom ambil gambar dengan baju mandi dulu sebelum basah


Semua boleh mandi dalam kolam ni sebab nampak mak bapak budak pun masuk dan mandi. Modal dia nak jaga anak takut anak lemas ke, jatuh ke..Hahahah..Nampak tak modal mak bapak?

Waktu opersi kolam:

Selasa, Rabu, Jumaat : 4.00 ptg - 7.00 mlm
Isnin dan Khamis : Tutup untuk cuci kolam termasuk cuti umum
Sabtu dan Ahad : 9.00 pg - 12.00 tgh hari, 4.00 ptg - 7.00 mlm

Dekat kolam ni tak boleh bawak makanan ye. Itu untuk menjaga kebersihan kolam. kalau nak bawa makanan boleh je piknik dekat taman.


Yang ada anak, mak bapak boleh pantau dan masuk dalam kolam sekali. Kolam ni ada orang yang akan monitor dan bunyikan wisel  kalau ada apa-apa yang melanggari rules kolam . Contoh macam budak nak terjun dr tepi kolam ke dalam kolam, memang kena tiup wisel la kan.

Condition air, ok. Boleh dikatakan bersih walaupun ramai anak-anak yang mandi. Ada air pancuran untuk bersihkan diri selepas mandi. Ada jugak bilik persalinan, tapi yang ni tak pasti kena bayar ke tak sebab Nisa cuma salin baju anak-anak dekat tepi kolam je.

Baju Nisa? Memang basah tapi tak pe, lepas ni bawak anak pergi main dekat taman pula. Tunggu baju Nisa kering baru gerak balik rumah.


Dekat playground pun ramai orang. Boleh bawa basikal, kasut roda, stroller dan yang sewaktu dengannya. Dekat taman ni ada alatan untuk bersukan macam dekat gym tu tapi yang jenis outdoor punya.


Nampak tak Haziq tu, basah kuyup. Sebabnya orang suruh basuh selipar dekat shower dia pergi mandi pula. Sudahnya dia pun basah sama dengan mama.

Ada orang jual buble. Yang nayli dan Haziq main ni RM5 lepastu tambahan stick tu RM2.50. Total RM7.50 ada 2 stik dan 1 besen kecik air sabun.


My princess main sabun je.. yang 2 prince dan lari makan aiskrim. Muqri memang awal-awal anti lens. So gambar dia memang ada 2 ketul je masa pergi tama ni.

Pukul 6.45 gerak balik. Anak-anak request nak pergi lagi taman kolam ni. Suka katanya. Best sangat.

Mama dan babah pun suka jugak sebab free. Standby duit buble and aiskrim je la

No comments:

Post a Comment