Sunday, September 10, 2017

RESIPI DUMPLING MUDAH

Dah 2 kali buat dumpling dan mendapat pujian baru berani nak share dalam blog.
Tapi ni resipi cara Nisa la. Sebab mengikut tekak Nisa dan suami.

Actually buat dumpling ni mudah je yang remehnya sebab kena kukus tu. Sebabkan kulit nya yang lembut kadang2 lepas kukus kena tunggu dia sejuk baru boleh angkat. Kalau angkat time panas-panas kebarangkalian untuk kulit dia koyak sangta tinggi.

Lepas kukus kalau nak frozen kan masuk dalam peti. Kalau nak goreng pastikan minyak yang banyak dan betul-betul panas.

Dua minggu lepas melawat pakcik yang kurang sihat di Hulu langat. Anak dia pula jamu kami makan dumpling. Tu yang rasa macam nak buat. So ni lah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan
- Kulit dumpling.(Beli je dekat Giant senang. Brang Kawan ni harga dia dalam RM2.90)
- Isi udang di cincang (Kalau tak nak guna udang boleh ganti dengan daging or sayur-sayur untuk yang vegetarian).
- Isi ayam di cincang.
- Carrot dicincang.
- Bawang putih di cincang.
- Bawah besar di cincang.
- Garam.
- Sos Tiram.


Cara buat inti dumpling
1) Tumis bawang putih dan bawang besar.
2) Dah naik bau masukkan lobak.
3) Masukkan ayam dan kemudia udang. Tak perlu masak sangat sebab nati nak kukus lagi.
4) Masukkan garam dan sos tiram secukup rasa.

Dah siap semua sediakan air sebab nak lekatkan kulit dumpling tu kena letak air baru dia melekat. Boleh buat pelbagai bentuk. Bunjut boleh. Macam karipap boleh. Nisa buat macam karipap sebab malas nak fikir.


Tara.....Dah siap. Walaupun rupa tak menarik, tetapi bila cicah sambal kicap or sos thai memamh walaweiiiii...Sedap.......

Selamat mencuba.
Nisa suka yang kukus je kot.
Sebab bila goreng banyak minyak.

No comments:

Post a Comment