Sunday, September 10, 2017

Riadah Malam Di Tasik Titiwangsa

Oleh sebab ramai yang balik kampung tapi kami cuma balik kampung sehari je. Itu pun cuma pada hari raya. Maka bermula lah episod fikir  nak pergi mana bawa anak-anak jalan.

Fikir punya fikir, dapat lah idea nak ke Taman Tasik Titiwangsa selepas solat Isyak. Itu pun decide lepas encik suami balik dari surau pukul 9.30. Tak dan nak fikir pakai baju apa jadi masing-masing pakai je baju yang nak di bawa tidur tu.


Sampai-sampai je gelap sebab menurut orang-orang yang meniaga dekat situ, semalam hujan ribut. Petir dah sambar spotlight. So malam ni bergelap la ye.

Budak tiga ketul ni memang teruja nak naik basikal. Oleh sebab ada Nayli, kita pilih beca je la ye anak-anak. Biar mama and babah je yang exercise kayuh basikal ni.

Nampak tak beca pun ada nombor plat. "AMAR 3" menas beca ni kepunyaan Amar. Recomended. Siapa datang Titiwangsa please mention dapat tau sewa basikal atau beca Amar daripada blog Nissa Zainal ye. Nati ada sikit diskaun. Heheheheh... Boleh tak Amar bagi diskaun?




Actually beca ni ada 2 basikal yang stereng warna biru besar tu kan. Ada satu je brek kaki. Sorang kena kontrol brake. Macam Nisa, asben yang kayuh basikal nak kontrol brake. Nisa cuma kayuh sikit-sikit je bila husband dah penat.


Yang Nisa naik tu muat hingga 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Jadi kalau family anda ramai boleh sewa beca yang besar sikit boleh muat hingga 5 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Bagi yang suka menikmati suasana petang-petang boleh la datang ke Tasik Titiwangsa ni petang. Tapi bagi yang suka cuaca sejuk sepoi-sepoi bahasa dan suka tengok lampu-lampu boleh datang waktu malam. Risiko nya malam ni tak boleh berbeca lama-lama sebab jalan pun tak tau nak pergi mana. jadi jimat la duit anda sewa setengah jam je. Hehehehe


Cantikkan beca tu? Ada atap sekali, kalau setakat hujan renyai-renyai still boleh mengayuh tak de hal punya.



4 comments:

  1. taman tasik titiwangsa ini bukan sampai pukul berapa? Pukul 10 macam ini akan bahaya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la...ramai je orang especially weekends. Jangan la pergi sorang-sorang dear. Pergi dengan kawan atau family. Bila katuh basikal or beca jangan la pergi tempat gelap.

      Delete